HEADER

HEADER

Friday 20 September 2013

Singgah Kejap..

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Lamanye xupdate entri kt dlm blog nurul nie ye.. Apa khbr sahabat2 semua? Shat x? Alhamdulillah kalau sahabat2 semua shat2 ye..

Entri nurul kali nie pun xpnjang.. Pendek je.. Hehe.. Nurul pun curi2 ckit masa Nurul nie untuk update entri nie.. hehe.. Rindu rasanya dgn blog nurul yg xseberapa nie.. Skrg nie Nurul dh mula bkerja di syarikat contractor d Bintulu nie.. Nama company tmpt nurul kerja nie ialah Maysville Sdn Bhd.. Company kitorg nie supply manpower kt MLNG (tmpt Nurul praktikal dulu) and ABF kt Bintulu nie.. Mggu nie genaplah sebulan dah nurul bekerja.. Alhamdulillah.. And lupa nk bgtau, sblm mula kerja tu, Nurul dah buat bisnes kecil2an.. Buat pencil case untuk budak2 sekolah.. Alhamdulillah, bisnes Nurul maju gak la.. And skrg pun Nurul still teruskan Nurul nye bisnes.. Sila lah jenguk2 page Nurul ek.. Nie link page Nurul.. Sahabat2 semua dialu2kan untuk like page Nurul nie..





Oklah, Nurul rasa, setakat ni je la entri Nurul kali nie ye.. InshaALLAH kalau ada masa, Nurul akan update entri lagi.. Syg korang semua.. Assalamualaikum..

Friday 9 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t kpd semua sahabat2 nurul yang sedang membaca blog nurul sekarang nie ye... Sahabat2 semua apa khabar? Shat ke x? Nurul doakn semuanya dlm keadaan yg shat sejahtera ye hendaknye..

Alhamdulillah.. Tamatnye bulan Ramadhan yg amat bermakna untuk kita semua.. Smoga Ramadhan yg telah pergi itu membawa sekali sgala amal dan ibadah kita yg pnuh dgn segala keinsafan.. In shaa Allah.. Hari nie dh msok hari kedua bulan syawal..  Dengan rendah diri nye, Nurul nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua yg mengenali diri Nurul nie.. terutamanya, semua ahli keluarga Nurul, semua sahabat2 handai Nurul, rakan2 blogger Nurul... 10 jari Nurul susun memohon kemaaafan seikhlas hati andainya selama ini Nurul ada melakukan kesilapan dan kekhilafan yg menyebabkan ada yg terguris hati dan terkecil hati.. Nurul nie hanyalah insan biasa yg xlepas drpd melakukan kesilapan.. Mohon segala silap dan salah Nurul sblm nie dpt dmaafkan lh ye.. Untuk korg lak, Nurul dh maafkn dh pun.. hehe..

Nurul rasa, smpai sini sajalah entri Nurul untuk kali ini ye.. Hari raya mcm nie, Nurul mmg agk sibuk juga.. Sblm tu, Nurul nk mntk maaf juga kpd semua rkn2 blogger yg slalu ajk Nurul join segmen bln Ramadhan hari tu.. Nurul agk sibuk pd masa tu.. smpai nk blogging pun mmg xsmpt.. nnt bla Nurul dh xsibuk, Nurul blogwalking blog korang ye.. Apa2 pun, bgi rakan2 blogger yg ada d Bintulu, Sarawak, Nurul dengan rasa rendah diri nye juga, menjemput korang untuk dtg beraya di rumah Nurul d Bintulu nie ye.. Bgi sesiapa yg nk dtg, sila la komen kt post nie tau.. nnt Nurul akn pm kn alamat nye kt korang...

Okla, Nurul nk pen-off dulu nie.. hehe.. Raya2 juga, tp kshatan dan kslamatan pun kena jaga juga tau.. Take care suma.. Syg korg sgt2.. Assalamualaikum w.b.t...




Tuesday 30 July 2013

Sorry Sahabat Blogger...

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Apa khabar semua agaknya ye? Entri nurul kali nie xpanjang... Nurul just nk mntk maaf kt semua sahabat2 bloggr Nurul sbb Nurul jarang sgt dh blogging masa nie.. Nurul amat sibuk pada bulan Ramadhan nie.. Kdg2 masa untuk brehat pun xda.. Sbb tu la nk update entri2 baru pun xdpt, nk bsegmen n blogwalking pun xdpt.. Maaf ye semua.. In shaa Allah nnt lau Nurul dh xbz, boleh la Nurul update entri2 bru lg ye.. Apa2 pun, selamat menyambut 10 Ramadhan yg terakhir.. Semoga kita mendapat berkat malam Lailatul Qadar.. In shaa Allah.. Tu je dr Nurul ye.. Assalamualaikum.. :)

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasalah Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum sahabat2 semua.. Apa khabar sahabat2 hari ini? Apa khabar iman? Alhamdulillah kalau semuanya sihat2 sejahtera dan baik2 hendaknya..



Alhamdulillah, bersyukur kita semua kpd Allah s.w.t kerana masih lagi mengizinkan kita untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarrak.. Sesungguhnya bulan ini sering dinanti2kan oleh semua muslimin dan muslimat di dunia ini.. 

Sahabat2 semua, di bulan yang mulia ini, marilah kita sama2 menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kusyuk dan tawadu' kepada-Nya.. Semoga kita dapat menghapuskan semua dosa-dosa kita yang lalu dan menambahkan lagi amal ibadah kepada-Nya.. Sama-sama kita mensucikan diri dan menjernihkan hati kita pada bulan ini dan seterusnya.. Sesungguhnya di bulan ini, kita dapat melatih diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tapi sekaligus menahan diri kita daripada dikuasai nafsu kita.. 

Sahabat-sahabat semua, di kesempatan ini, saya Nurul Hidayah bt Yussof ingin memohon keampunan dan kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki, dari luar hngga dalaman, dari yang sengaja kpd tak sengaja, mahupun zahir atau batin.. Semoga di bulan ini, kita dpt bsama2 melatih diri menjadi hamba-Nya yang gigih dan bakal menjadi ahli syurga.. In sha Allah.. 


Sebelum menutup bicara, sekali lagi Nurul ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarrak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.. Assalamualaikum.. ^_^

Sunday 30 June 2013

Alhamdulillah, Ya Allah..



Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi kepada sahabat2.. Alhamdulillah d hari ini, kita masih lg dbangunkan drpd tidur.. Alhamdulillah roh kta msih lg kmbali smula ke dalam jasad kta stelah dimatikan seketika di malam hari..

Sahabat, Nurul telah bermimpi pada malam tdi.. Bangunnya Nurul drpd lena yg panjang, Nurul bermain dgn teka teki.. Apakah yang dimaksudkan dgn mimpi Nurul itu.. Sahabat, sesungguhnya, Nurul insaf dgn smua klemahan dan kkurangan yg ada pd diri Nurul ini..

Nurul berada dalam situasi yang menyedihkan.. Di kala itu, Nurul bsama dgn dua orang lagi sahabat Nurul ingin mlintas jalan.. Nurul pun tidak dpt mengingati siapa sahabat2 Nurul yg berada di dalam mimpi Nurul itu.. Sebelum melintas, ada seorang hamba Allah telah berkata kpd Nurul di dalam mimpi tersebut.. "Sesiapa yang kurang ilmu agamanya, maka akn sesatlah dia, dan tidak akan selamat hidupnya..." ttp Nurul tidak mengendahkan dia kerana Nurul tidak mengenalinya dan wajahnya juga Nurul tidak dpt lihat dgn jelas..

Setelah itu, Nurul pun melintas bersama sahabat2 Nurul.. Tba2 pada ketika itu ada dua kumpulan hitam dan putih dtg.. kumpulan hitam telah menarik seorang sahabat Nurul pergi dan pada ketika itu, Nurul pun hampir tertarik sama.. Nurul cuba melepaskan diri dan cuba berlari ke arah kumpulan putih yg telah membawa seorang lagi sahabat Nurul, ttp tlalu sukar utk Nurul melepaskan diri.. Setelah kuat Nurul mencuba utk menggapai tangan sahabat Nurul itu, barulah Nurul dpt pergi kpd kumpulan putih tersebut.. Kmudian Nurul telah dibawa ke tepi jln dan setelah itu, Nurul mlihat, sahabat Nurul yang dibawa kumpulan hitam td telah dlanggar oleh sebuah kereta.. Nurul brasa sungguh sedih pd ketika itu dan dalam masa yang sama Nurul bsyukur kerana telah selamat dalam mimpi tersebut.. Dan setelah itu, Nurul pun tbangun drpd lena Nurul..

Sahabat semua, sewaktu Nurul terbangun drpd tdur Nurul, Nurul msih lg terkesima dan termanggu.. Apakah petunjuk di sebalik mimpi Nurul itu? Walaupun org kata, mimpi itu adalah mainan tidur, ttp mimpi itu juga satu petunjuk.. Sahabat2, Nurul sedar akan diri Nurul yang masih lagi kurang ilmu agama dan gaya hidup Nurul yang masih lg samar2.. Tp In sha Allah, Nurul pun msih blajar dan masih lagi mncuba utk mmperbaiki diri Nurul ini.. Kali ini, Nurul ingin mengajak sahabat2 semua utk sama2 kita mncari lagi dan mempelajari serta memperbaiki segala kkurangan dan kelemahan diri ini.. Dalam kita mcari ilmu dunia, dalam itu juga kta mencari bekalan di akhirat.. Smoga kta semua diberi cahaya petunjuk dan masih berada dlm laluan yg betul.. In sha Allah.. Salam sayang drpd Nurul buat semua sahabat.. Assalamualaikum..

Saturday 29 June 2013

Impian Kasih

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Tuesday 25 June 2013

Andainya Lelaki Tahu.. Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta...

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

#Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Saturday 22 June 2013

Gaga ku sayang, kini dalam kenangan

Assalamualaikum dan selamat awl pg.. Sahabat2 smua mst bnyk yg dh tdur kn.. Mklumlah skrg dh jam 3 pg.. Bgi yg dh tdur tu, slmt mlm suma n smoga mimpi indah.. N bg yg msih bgn tu, tmsok nurul skrg nie, jgn tdur lewat tau.. xbaik utk kshatan sbnanya..

Hurm.. Entri kali nie, nurul cuma nk kongsi ksedihan nurul je.. Kucing Nurul bru je mninggal dunia 2malam yg lalu iaitu jam 9 lebih malam 20 Jun 2013.. Pada ketika nie, nurul msih lg berada d Mukah.. Nurul dpt pnggilan drpd mak dr bntulu bgtau yg kucing ktorg mninggal dunia..


Photo: Knyg dh mkn twk.. hehe..


Gmbr kt atas nie adalah gmbr kucing kesayangan family ktorg tu.. Actually, suma kucing ktorg, ktorg syg.. Stakat nie, ada 18 ekor kucing peliharaan ktorg.. Tp Nurul nk cita ckit ttg kucing nie..Nama kucing ktorang nie, Siga.. Nurul yg bg nama nie sbb bulu dia ada tiga warna.. N kbetulan nama kucing ksygn mak masa dia muda2 dulu pun siga gak.. Tp family ktorg salu pggil dia nie Gaga..

Gaga nie mrupakan satu2 nye ank pninggalan Putih, kucing ksygn mak Nurul.. Putih dh mninggal dunia tahun lpas sbb sakit.. N adk bradik gaga pun dh mnggal dunia juga xlama lpas diorg lahir.. Mulanya, ktorg ingt gaga nie xkn hdup lama sbb masa dia lahir, badan dia pling kcil n kurus.. N mata gaga xboleh buka bbulan2.. Mata dia dipenuhi dgn selaput putih.. Boleh dkatakn pd waktu tu, gaga nie buta.. ktorg akn lapkn mata gaga setiap hari sbb mata dia sntiasa ttutup je.. So, kna lapkan supaya mata dia boleh tbuka walaupun dia xboleh nmpk spnuhnya..

Alhamdulillah... Lama kelamaan, mata gaga pulih.. Selaput mata yg pnuh mnutup mata dia dh xda.. Tp mata gaga unik.. sblh mata gaga bwarna putih kbiruaan, n sblh lg warna kuning.. Mgkin akibat selaput mata yang menutupi mata gaga sblm tu.. 

Gaga nie kucing yang nakal.. Dia nie kucing betina.. Suara dia pling kuat antara kucing2 lain.. N gaga nie suka mnari.. Perangai gaga nie cukup comel.. Kalau dia dlepaskan dr sngkar, dia akn blari2 dlm rumah dan amat sukar utk tgkap dia blik msok ke dalam sgkar.. Gaga nie juga kucing yang manja sangat.. Dia nie tkut klau mndgr bunyi guruh.. Dia xkn dpt tdur wpun kucing2 lain suma dh tdur.. So, akhirnya gaga akn dlepaskn kluar dr sgkar dn akan tdur dgn mak Nurul.. 



Cuba perhatikan gambar gaga nie.. hehe.. comel kn dia.. 
Dia tdur dlm keadaan kpala dia berada dlm bekas makanan tu..


Mggu yg lalu, gaga mula sakit.. Mak Nurul ckp, gaga xnk mkn.. Mak bawa gaga pergi klinik.. Doktor ckp, gaga skit dlm mulut.. Nurul pun xpsti sgt.. Mgkin ulser kot.. Doktor bg gaga ubat.. Stiap hari mak akn suapkan ubat tu kt gaga.. Tp usia gaga bsama ktorg xlama.. Allah lebih sygkn gaga.. Adik Nurul xbgnjak drpd sgkar gaga waktu dia skit.. n adik Nurul mnyaksikan btapa seksanya gaga mnarik nafas dia yg trakhir sblm dia mnggal dunia.. Ksian sgt.. Nurul rasa tkilan sgt ats kepergian gaga.. Mak yg pling sdih.. ksian mak.. Gaga, ktorang rndu sgt kt gaga.. smoga roh gaga tnteram kt alam sana.. Gaga, ktorg syg gaga.. 

Nurul rasa smpai stakat nie je entri nurul kali nie.. Cuma Nurul nk bgtau satu bnda nie.. Hurm.. Kmatian kucing peliharaan nie lbih mnyedihkan drpd dtgglkn kekasih.. Sbb kucing nie, xda bnda pun yg boleh buat kta bnci kt dia n xda pkara yg boleh buat kta snang utk lupakn dia.. Lbih2 lg klau kucing tu kta jga dr kcik, bg mkn mnum, mndi n jga dia smpai akhir hayat dia.. Okla, salam akhir dr Nurul untuk kli nie, selamat beradu dan assalamualaikum.. 

Monday 17 June 2013

VOICE OF MEN..




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kpd sahabat2 Nurul.. Apa khbr sahabat2 semua? Smoga sahabat2 semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.. Skrg dh bulan Sha'aban.. Xlama lg nk msok Ramadhan.. Tak rasa kn masa ni blalu bgitu pantas.. hehe.. Apa2 pun, smoga khidupan kta berada dalam keredhaan-Nya.. 

Lama juga Nurul x update entri dlm blog Nurul nie kn.. Entri kali nie adalah untuk menyokong dan sekaligus mempromosi band salah seorang pensyarah Nurul di Politeknik Mukah Sarawak (PMU) iaitu En Muhammad Lutfi b Haji Othman tnda pnghargaan Nurul kpd beliau yang telah mengajar dan mendidik Nurul di PMU dan menjadi penyelia projek akhir Nurul pd semester akhir yang lalu dan akhirnya kumpulan Nurul bjaya mndapat tmpt kedua untuk swaktu prtndingan Cenpro 2013 di PMU.





Nama band pensyarah Nurul nie adalah Voice of Men.. Ni adalah biography tentang Voice of Men yang Nurul ambik dr page Voice of Men itu sendiri.. Kalau ada masa, sahabat2 jenguk2 la page diorg ye.. Jangan lupa like tau.. hehe..

“Voice of Men” is a vocal harmony group first established back in 2007. The group started with four members, students of University of Technology Malaysia (UTM); Lutfi, Taufek, Fath and Che Nasrul. At the time, the group was formed to enter a national level band competition called ‘Gegar U’ organized by Astro, a Malaysian Direct Broadcast Satellite pay television service.

In 2008, the group passed a 2 staged audition to qualify for TV9’s reality TV program called the ‘Nasyeed Academy’ (or ‘Akademi Nasyid’ in Malay). The line-up of the group had a slight change then, with Arif replacing Che Nasrul and the addition of Hafiz (added by TV9’s jury in the audition stage). 
Today, Voice of Men had their best yet members lined up namely Hakim, Fath, Lutfi, Yusmawira and Arif. Each member’s ready with their own strength, specialty, experience and role to step up into the mainstream music industry, be it Local or International. Intending to compete in Pop, R&B and jazz genre, the group aimed to produce songs that carry the messages of spirituality, humanity and advice. Voice of Men emphasized their strength on vocal harmony with Nsync, El-Divo and Boyz II Men as reference.

Tu la serba sedikit tentang Voice of Men.. Okey, skarang Nurul nk promosi lak diorg punye 1st single album iaitu LAUNGAN CINTA.. Boleh la tgk mlalui youtube.. Or boleh tengok terus melalui blog Nurul nie..





And lagi satu, Voice of Men sedang mengikuti ptandingan Awakening Talent Contest. Apa tu Awakening Talent Contest?
- Awakening records telah menerbitkan album artis2 seperti maher zain, irfan makki, mesut kurtis
- Awakening Talent Contest (ATC) adalah pertandingan pencarian bakat baru untuk Awakening records.
- 32 peserta telah dipilih dari 1000+ penyertaan vid online dari seluruh dunia melibatkan 66 negara
- dari video youtube 32 peserta, 16 peserta telah dipilih (pengumuman pada 6 Jun 2013)
- dari video youtube 16 peserta, 8 peserta akan dipilih (pengumuman pada 19 Jun 2013)
- dari 8 peserta, johan, tempat kedua dan tempat ketiga akan dipilih
- pemenang pertama akan bernaung sebagai artis rakaman di bawah awakening records




So, Nurul mnta jasa baik dr sahabat2 suma utk mnyokong Voice of Men nie dgn cara view, like, share and comment VIDEO diorang kt atas nie ek.. Smoga Voice of Men boleh mjadi salah satu band yang berjasa kpd tanah air Malaysia suatu hari nanti.. In shaa Allah..

#kepada Encik Lutfi dan ahli-ahli kumpulan Voice of Men, selamat berjaya.. Semoga perjuangan anda semua mendapat sokongan drpd semua ahli keluarga, sahabat2 dan semua rakyat di Malaysia suatu hari nanti.. =)

Tu je entri Nurul untuk kali ini.. Skali lagi Nurul brharap agar sahabat2 semua dpt memberi sokongan kpd Voice of Men.. Sekian, salam ukhuwah kpd semua.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

10 FAKTA KELAHIRAN

Gurls, dah ready ke korang nk jdi ibu...ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

#Besarnya pengorbanan seorang ibu.. Hargai ibu anda ye.. :)

FAHAMI WANITA..

Betol ke macam ni hati seorang wanita??

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud fussy tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

8. Ego : Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Peranan lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

#Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA..

FAKTA PEREMPUAN...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih. Tetapi dia x menitiskn air mata. Itu maknanye dia sedang menangis dalam hati.

2. Jika seorang perempuan jatuh cinta dengan seorg lelaki. Lelaki itu akn sentiasa ada dlm fikirannye walaupun ketika itu dia bersama dengan lelaki lain.

3. Bila lelaki yang dia cinta merenung tajam ke dalam matanye, dia akan cair seperti coklat!

4. Perempuan memang menyukai pujian tetapi selalu xtahu cara menerima pujian.

5. Wanita suke meluahkan ape yg mereka rasa melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan kerana itu adalah cra termudah mereka untuk meluahkan.

6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan.

7. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi perempuan. Jadi jangan senyum sebarangan dgn mereka.

8. Jika kamu menyukai seorang perempuan mulalah dengan persahabatan.. Kemudian biarkn dia mengenalimu lebih lama.

9. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya2 mengapa aku x bertemu lelaki ni lebih awal.

10. Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

Kamu bodoh nak...

Suatu hari, seorang gadis yang sedang putus cinta menangis di taman. Saat itu datang seorang nenek bertanya padanya,

NENEK : Kenapa kamu menangis?

GADIS : Saya sangat sedih. Kenapa dia meninggalkan saya?

NENEK : Kamu bodoh nak. (Sambil tertawa)

GADIS : Nenek ni kenapa? Jangan menghina saya. Saya sangat sedih kerana putus cinta. Tak mengapa kalau nenek tak memujuk. Tapi jangan ketawakan saya.

NENEK : Kamu Bodoh. Kamu tak perlu sedih. Sebab yang seharusnya bersedih itu adalah dia.

GADIS : Kenapa dia yang bersedih, kan dia yang memutuskan saya?

NENEK : Iya, Kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu, tapi dia telah kehilangan orang yang sangat mencintainya.

GADIS : (Sambil menangis dan berkata) Tapi saya sangat sedih nek.

NENEK : Apakah dengan bersedih dia akan kembali kepadamu dan mencintaimu. Bersabarlah nak dan yakinlah, bahawa cinta yang indah, telah menantimu didepan.

#Jangan kecewa dengan cinta manusia dan jangan berputus asa dengan takdir Allah s.w.t.. =)

Bila Ada...

Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang SETIA, lakukan perkara yang sama..
Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia masih bererti...

Saturday 25 May 2013

Jika Dia Bukan Jodohku...

"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandanganku, aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh, walaupun melupakannya sangat menyakitkan, aku berusaha untuk sanggup, gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang sentiasa melekat erat dalam ingatanku, kerana jika semuanya terhapus dalam waktu sekejap, aku takut itu akan menyeksa diriku sendiri"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... bantulah aku untuk mencabut perasaan yang luar biasa ini dari hatiku, aku akan merasa bersalah dan mengutuk diri ku sendiri jika dia yang kini bersemayam anggun di hatiku bukanlah qawwamku, aku sedar itu tidaklah mudah kerana akarnya terlanjur membumi di hatiku"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... aku mohon, jangan hadirkan wajahnya lagi dalam mimpi-mimpi malamku, kerana itu hanya membuatku semakin merindu dan berharap"..

"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... jauhkanlah, sejauh yang aku harapkan untuk menjadikan namanya terdengar biasa saja di pendengaranku, kerana sungguh, atas perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... jauhkanlah,sejauh yang aku harapkan untuk menjadikan wajahnya terlihat biasa saja pada pandanganku, kerana sungguh atas perasaan ini hatiku bergetar kencang bila memandang wajahnya"..

Amin Ya Rabbal-Alamin.

Aku Sang Pemerhati...

Aku mengintai keindahan bintang di langit.. Aku berusaha menggapainya.. Namun tatkala aku hampir mencapainya, tiba2 cahayanya semakin malap.. Dan akhirnya bintang yang ingin ku capai, menghilang.. Puasku mencari, tapi bintang itu terus menyepi..


Aku mengamati tujuh warna pelangi.. Aku terus menyukai kerana indahnya warna sang pelangi.. Aku terus menjadi sang pemerhati, kerna bimbang ianya kn pergi.. namun bila munculnya sang mentari, sang pelangi tiada lagi..

Dan akhirnya, aku sendiri lagi.. Menanti sang bintang hati muncul di malam hari.. Mendamba sang pelangi muncul lagi.. Biarla aku menanti dan terus menanti.. Kerna aku pasti, sang bintang hanya bersembunyi pada siang hari dan pasti akan menyinar lagi di malam hari.. Dan sang pelangi pasti menceriakan langit lagi, ianya hanya bersembunyi kerna terangnya cahaya sang mentari.. Bila hujan turun lagi, sang pelangi akan mncul kembali..

♡♥♡♥♡♥♡

Monday 8 April 2013

Ulang Tahun Kelahiran Saya yang Ke 21

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.. Apa khbr rakan-rakan hari ini? Xtidur lg ke? Alhamdulillah kerana kita semua masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas di muka Bumi ini untuk beribadah kepada-Nya..

Hari ini merupakan 8 April 2013.. So, hari ini genaplah usia Nurul yang ke-21 tahun.. Alhamdulillah.. Nurul panjatkan kesyukuran kpd Allah s.w.t kerana Nurul masih dipanjangkan usia sehingga ke saat ini.. Pada hari ini jugalah Nurul telah meninggalkan zaman remaja Nurul dan mulai saat ini juga Nurul telah menjadi seorang yang dewasa.. Harapan Nurul adalah untuk menjadi seorang muslimah yang taat kepada perintah Allah s.w.t, menjadi salah seorang ahli syurga, menjadi seorang anak yang solehah, bakal menjadi seorang isteri yang taat kpd suami dan bakal menjadi seorang ibu yang mithali..


Last sekali, Nurul nak kalungkan ucapan terima kasih ini kpd kedua-dua Ibu Bapa Nurul iaitu Yussof b Arbi dan Norliza bt Abdul Rani.. Tanpa kedua-dua ibu bapa Nurul yang Nurul sayangi ini, tidaklah lahir Nurul ke dunia ini dan tidaklah ada tulisan Nurul ni blog ini pada ketika ini.. Nurul juga nk ucapkan terima kasih kepada adik-adik Nurul iaitu, Fiza, Iqah n Yasmin kerana sentiasa bersama-sama dengan Kak Won diorang yang terlalu manja nie.. Xlupa juga kepada ckgu-ckgu Nurul dr Tadika Nurseri Al-Aziz, SK Agama (MIS) Bintulu, SMK Bintulu, MRSM Kuching dan pensyarah-pensyarah Nurul di Politeknik Mukah Sarawak.. Tnpa kalian, mgkin Nurul xtau membaca dan mengira pada saat ini.. Dan yang terakhir sekali adalah sahabat-sahabat Nurul yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Nurul hingga ke saat ini.. Nurul sayang korang semua sangat-sangat.. Semuanya amat bermakna bagi Nurul dan korang semua adalah pelengkap hidup Nurul.. Terima kasih sangat-sangat kepada semua.. ^_^




Ni lah Nurul pd usia 1tahun lebih..


Ni gambar Nurul pada usia 8tahun dan 16 tahun.. 


Ni pula semasa Nurul tingkatan 5..


Ni adalah Nurul sekarang..



Inilah kedua-dua ibu bapa Nurul.. 



Dan ini pula adalah ahli keluarga Nurul.. Nurul sayang semuanya.. <3





Saturday 6 April 2013

FiNaL SeMeSTeR.. (HaMPiR TaMaT)

Assalamualaikum rakan-rakan semua.. Apa khbr hari nie? Nurul nak ucapkan selamat berhujung minggu kepada semua.. Kepada rakan-rakan Nurul yang bakal menduduki peperiksaan akhir dlm masa 2minggu lagi, selamat megulangkaji.. Hehe.. Tak sangka kn masa berlalu cepat sangat.. Xkurang dr sebulan je lagi Nurul berada di Politeknik Mukah nie.. Rasa mcm baru je msok sem 1.. Pejam celik, dh hmpir 3 tahun kt sini.. Sejujurnya, mmg berat sangat rasanya nk tgglkn PMU nie.. Kt sini lah Nurul menghabiskan masa dengan rakan-rakan Nurul yang Nurul sayang.. Menimba ilmu tentang Kejuruteraan Awam.. Wpun pd asalnya Nurul terpaksa dan rela mengambil jurusan ni tp Nurul xsgka habis juga Nurul akhirnya.. Hurm.. Sedihnya bila dh nk bpisah dgn rakan-rakan Nurul kt sini.. Suka dan duka dikongsi bersama2.. Nurul redha dgn ppisahan yg bakal berlaku.. Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan ada ppisahan.. tp Nurul doakan akan ada lagi pertemuan antara kita di masa akan datang.. Syg sahabat-sahabat Nurul semuanya.. Nurul pasti akan merindukan korang semua..



















Apa-apa pun, goodluck kepada rakan-rakan semua untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelang.. Nurul ada 7paper final exam sem nie.. doakan Nurul and rakan-rakan Nurul untuk lulus dengan cemerlang ye.. Sekian je dr Nurul.. Assalamualaikum dan salam ukhuwah.. ^_^

Ni Jadual Peperiksaan Akhir Nurul.
^_^

Friday 5 April 2013

CeNPro 2013..

Assalamualaikum dan salam perjuangan rakan-rakan Nurul semuanya.. Apa khbr rakan-rakan semua hari ini? Harap-harap semuanya sihat dan ceria selalu.. Hari ini Nurul nk kongsikan kegembiraan dan kelegaan Nurul dengan rakan-rakan semua.. ^_^

Semalam iaitu 4 April 2013, Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Hari Cenpro di mana pada hari tersebut, semua pelajar semester 6 telah mempamerkan dan mempertandingkan projek akhir yang telah dibuat selama 1 tahun.. Projek tersebut telah dinilai oleh 3 orang panel luar iaitu terdiri daripada Engineer-engineer daripada industri dan 3 orang panel adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam..


Pada 6 bulan yang pertama, iaitu pada semester 5, kami telah menyiapkan kertas cadangan iaitu proposal untuk projek kami. Dan pada semester 6 pula, kami menyiapkan projek kami tersebut sehingga selesai. Projek akhir ini adalah sebagai syarat untuk memenuhi kelayakan mendapat pengikitirafan diploma di Politeknik Mukah, Sarawak. Kumpulan Nurul terdiri daripada 5 orang dan kami telah merekacipta satu rekabentuk baru untuk hoarding iaitu lebih dikenali sebagai site fencing. Kami menamakan projek kami ini sebagai S-Hoarding iaitu Simply Hoarding.


Di atas dan di bawah ini adalah prototype S-Hoarding yang telah kami buat.



Di atas adalah ahli kumpulan Nurul.
Dari kiri: Nurul Hidayah, Sherry Thimai, Dayang Zuraini, Allan Law Wee Wee dan Nelson Nawin




Di atas adalah booth kumpulan kami pada hari tersebut.


Di atas adalah gambar kami bersama penyelia projek kami.


Di atas adalah gambar semasa proses penilaian berlangsung.

Alhamdulillah, kumpulan Nurul berjaya mendapat no 2 drpd 19 buah kumpulan yang mengikuti pertandingan projek akhir ini. Tahniah kepada ahli kumpulan Nurul atas usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang menyiapkan projek ini. Tahniah juga kepada Allan Law Wee Wee kerana telah dipilih menjadi pembentang terbaik untuk Cenpro 2013. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada penyelia projek kami iaitu Encik Muhammad Lutfi atas kepercayaan dan pertolongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang kami menyiapkan projek kami ini.. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan pertolongan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada ahli kumpulan kami.. Terakhir sekali, tahniah juga kepada pemenang tempat pertama dan ketiga serta tahniah kepada semua pelajar semester akhir kerana telah berjaya menyiapkan projek akhir masing-masing dengan jayanya.. Alhamdulillah..


Rasanya itu sahaja daripada Nurul.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca entri Nurul kali ini.. Salam Jumaat dari Nurul.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)
































Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...