HEADER

HEADER

Tuesday, 2 April 2019

Persahabatan

Setiap hubungan bermula daripada satu perkenalan..
Perkenalan diiringi satu ikatan persahabatan..
Dalam persahabatan wujudnya perasaan kasih sayang..
Dalam persahabatan juga wujudnya perkongsian jiwa antara teman..
Kasih sayang, gembira, sedih, suka dan duka dikongsi bersama..
TETAPI...
Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..
Tempoh masa satu persahabatan itu ketentuan Allah s.w.t...
Kita hanya mampu merancang,
Hanya Allah menentukan..

~NHY~

Friday, 29 March 2019

Kehilangan

Kehilangan,
Apakah itu kehilangan?
Kehilangan itu ditangisi,
Kehilangan itu diratapi, 
Perginya yang tidak dapat dicari, 
Perginya yang tidak kembali lagi.

Kehilangan,
Kehilangan itu memberi sebuah erti,
Kehilangan mengajar erti menghargai,
Kehilangan itu mengajar erti mensyukuri.

Tatkala kita rasa kehilangan, 
Di saat itu lah Allah sedang memberi ujian, 
Dalam hidup tiada yang kekal berpanjangan, Kita juga bakal menyusul kemudian.. 

Selagi kita masih bernyawa,
Hargailah setiap detik yang ada, 
Apabila tercabutnya roh dari badan,
Tiada lagi amal yang dapat dilakukan..

Saat kita rasa kehilangan, 
Hadapilah dengan Redha dalam senyuman,
Ingatlah bahawa Allah sedang memberi ujian,
Agar hambanya betul-betul beriman..

Kehilangan mengajar kita untuk ikhlas,
Ikhlas tanpa batas..
Kehilangan bukan untuk melemahkan, 
Tapi untuk menguatkan..

#NurulsayangarwahNaz
#Nurulredhapemergiandirimu

Salam Rindu..

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam Ukhwah sahabat2 semua..

Related image

Hari ini 29 Mac 2019, Nurul baru mendapat ilham untuk kembali menulis di dalam blog ini selama 4tahun membisu. Ya Allah, terlalu lama rasanya Nurul berdiam diri. Rindunya untuk kembali menulis. Terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di dalam hidup selama 4 tahun tu.

Secara ringkasnya, Nurul telah pun tamat belajar pada bulan Julai 2017 yang lalu. Alhamdulillah selama masa sebelum nak konvo pada April 2018 tu, Nurul menjadi seorang guru ganti selama 6bulan. Nurul mengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan di bintulu sebagai seorang guru sains. Dan selama itu lah Nurul bertekad hendak meneruskan impian menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah rezeki Allah itu ada, Nurul berjaya menjadi seorang pensyarah di Kolej Komuniti di Sarawak sebagai pensyarah senibina.

Dan di sini jugalah langkah hidup Nurul bermula. Terlalu banyak coretan yang hendak Nurul kongsikan bersama. In shaa Allah Nurul akan coretkan dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi berkunjung. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum.




Saturday, 4 July 2015

Happy Birthday Dear Naura Nasuha!




Dear Naura Nasuha.. Today is 4th July 2015 which is your special day. Happy 23rd birthday dear.. Today, I wish you a year with lots of fun, excitement and beautiful memories. Happy birthday my dear! Love you..

I remembered the moment on our first meting. You langsung xtengok I and bila I tegur you, you xlayan pon. Haha. Awal2 tu I ingt you sombong taknak kawan dengan I, rupanya you xperasan I. Mungkin suara I slow sangat kot. Btw, after few weeks, we've became best friend. We shared lots of things together. We laughed and cried together. Shared food, drinks and even a blanket and slept together. We used to sit together in the bus during our architrip. All those memories will never be forgotten dear. Thank you for coming into my life and being such a great friend for me. Wishing all the best to you for your 23rd birthday and for your future life.

Love you so much my dear! Hoping that our friendship will be last forever! Hope you enjoy the video I've made for you! Happy birthday!!!




Monday, 2 March 2015

Keluhan Tujuh Wanita Vs Jawapan Seorang Lelaki

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."

Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

-----------------------------------

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Monday, 29 December 2014

Bahana Banjir

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Selamat malam semuanya.. Pasti pada ketika ini, ramai yang telah lena dibuai mimpi.. Namun begitu, ramai jugak saudara2 kita yang masih berjaga dan dalam kerisauan mengenang bencana banjir yang telah melanda negeri mereka.. Wahai sahabat2 semua, marilah kita bersama2 mendoakan agar bencana ini berakhir.. Semoga keadaan beransur pulih seperti sedia kala.. Pasti ramai yang merindukan keceriaan, senyum manis dan gelak tawa penduduk2 di pantai timur pada ketika ini.. Begitu juga dengan beberapa lagi negeri lain yang sedang ditimpa bencana banjir pada ketika ini..

Wahai sahabat2 semua, marilah kita sama2 menjadi saudara2 yang perihatin yang menyumbangkan bantuan dan juga derma kepada mangsa2 banjir ni.. Pasti di negeri2 anda ada menyediakan perkhidmatan untuk menghantar bantuan kpd mangsa2 banjir ni.. Dengan kesempatan itu, sahabat2 boleh la turut menderma pakaian2 yang msih elok, bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya untuk membantu mangsa2 banjir.. Walaupun dengan sedikit bantuan yang diberikan, namun percayalah bantuan yg dihulurkan amat bermakna kpd mangsa2.. in shaa Allah..

Oklah, itu saja coretan ringkas Nurul pada malam ni.. Semoga Allah mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mangsa2 banjir.. Aamiin.. Sekian.. Assalamualaikum..

Sunday, 28 December 2014

Azab Neraka.. Nauzubillahiminzalik..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. Lama rasanya Nurul xmeluangkan masa untuk update entri ni.. Dalam kesempatan ni, nurul nk mngucapkan takziah kpd saudara2 kita di pantai timur yang ditimpa musibah banjir.. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan tanda kekuasaan-Nya kepada kita hamba-Nya.. Semoga saudara-saudara kita tabah dengan dugaan yang menimpa.. Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak akan menurunkan dugaan melebihi drpd kemampuan hamba-Nya.. Sama2 lah kita berdoa wahai sahabat agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.. In shaa Allah..

Seterusnya, Nurul akan berkongsi sedikit usrah kepada sahabat-sahabat semua.. Usrah yang agak ringkas yang Nurul petik dr blog sahabat yang lain untuk dikongsikan dan diambil iktibar bersama.. Nurul berharap agar sahabat2 boleh meluangkan sedikit masa sahabat untuk membaca entri Nurul ini.. Entri ini mungkin akan menimbulkan sedikit kesedaran di dalam hati kita.. In shaa Allah..



Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali …dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa ribamerupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baikuntuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. ” Darah haid, apa maksud atuk”

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”
Sahabat2, itu sahaja perkongsian daripada Nurul untuk kali ini.. Semoga dengan perkongsian ini, akan terdetik dalam hati kita untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya, pintu taubat itu sentiasa terbuka dan Allah menerima taubat hamba-Nya yang betul2 ikhlas kpd-Nya.. In shaa Allah.. Segala kebaikan adalah datangnya daripada Allah dan kekurangan itu datangnya drpd kelemahan Nurul sendiri.. Semoga kita dijauhi daripada azab api neraka.. Wallahualam.. Assalamualaikum...




Persahabatan

Setiap hubungan bermula daripada satu perkenalan.. Perkenalan diiringi satu ikatan persahabatan.. Dalam persahabatan wujudnya perasaan kas...