JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Monday, 17 June 2013

Kamu bodoh nak...

Suatu hari, seorang gadis yang sedang putus cinta menangis di taman. Saat itu datang seorang nenek bertanya padanya,

NENEK : Kenapa kamu menangis?

GADIS : Saya sangat sedih. Kenapa dia meninggalkan saya?

NENEK : Kamu bodoh nak. (Sambil tertawa)

GADIS : Nenek ni kenapa? Jangan menghina saya. Saya sangat sedih kerana putus cinta. Tak mengapa kalau nenek tak memujuk. Tapi jangan ketawakan saya.

NENEK : Kamu Bodoh. Kamu tak perlu sedih. Sebab yang seharusnya bersedih itu adalah dia.

GADIS : Kenapa dia yang bersedih, kan dia yang memutuskan saya?

NENEK : Iya, Kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu, tapi dia telah kehilangan orang yang sangat mencintainya.

GADIS : (Sambil menangis dan berkata) Tapi saya sangat sedih nek.

NENEK : Apakah dengan bersedih dia akan kembali kepadamu dan mencintaimu. Bersabarlah nak dan yakinlah, bahawa cinta yang indah, telah menantimu didepan.


#Jangan kecewa dengan cinta manusia dan jangan berputus asa dengan takdir Allah s.w.t.. =)

0 komen budak comel: