HEADER

HEADER

Sunday 23 September 2012

Jangan Pernah Takut Kehilangan Sesuatu yang Bukan Hak Kita...

Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Engkau telah berikan kepada hamba. Semakin hamba cuba menjauhkan diri hamba daripadanya dan cuba melupakan dirinya, semakin hamba merasakan diri hamba dekat dengannya. Walaupun hamba tahu hatinya bukan untuk hamba lagi tetapi hamba masih mengharapkannya kembali. Seandainya ada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami untuk mempersiapkan diri kami untuk saling melengkapi apabila sampai masanya nanti Ya Allah. Dan sekiranya tiada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami untuk menerima segala ketentuan-Mu Ya Allah. Semoga kami bersama-sama berada dalam Redha-Mu Ya Allah.

Sahabat sekalian, Nurul ingin berpesan kepada sahabat. Sekiranya telah datang seorang lelaki soleh yang cukup baik untuk dijadikan sebagai pemimpin keluarga anda dan anda menyintainya dan dia menyatakan hasrat untuk melamar anda dan ingin berjumpa dengan kedua-dua ibubapa anda, maka izinkanlah.

Namun sekiranya tiada jodoh di antara anda berdua, jangan pernah sesekali menyesalinya. Kerana mungkin ada yang lebih baik daripada dia yang telah Allah tentukan untuk anda.

Mencintai seseorang itu adalah hak kita. Namun memiliki seseorang yang kita cinta tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukanlah hak kita. Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki kerana dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikannya dengan seseorang yang jauh lebih baik. 

InsyaAllah...

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...