JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wasalah Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum sahabat2 semua.. Apa khabar sahabat2 hari ini? Apa khabar iman? Alhamdulillah kalau semuanya sihat2 sejahtera dan baik2 hendaknya..




Alhamdulillah, bersyukur kita semua kpd Allah s.w.t kerana masih lagi mengizinkan kita untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarrak.. Sesungguhnya bulan ini sering dinanti2kan oleh semua muslimin dan muslimat di dunia ini.. 

Sahabat2 semua, di bulan yang mulia ini, marilah kita sama2 menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kusyuk dan tawadu' kepada-Nya.. Semoga kita dapat menghapuskan semua dosa-dosa kita yang lalu dan menambahkan lagi amal ibadah kepada-Nya.. Sama-sama kita mensucikan diri dan menjernihkan hati kita pada bulan ini dan seterusnya.. Sesungguhnya di bulan ini, kita dapat melatih diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tapi sekaligus menahan diri kita daripada dikuasai nafsu kita.. 

Sahabat-sahabat semua, di kesempatan ini, saya Nurul Hidayah bt Yussof ingin memohon keampunan dan kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki, dari luar hngga dalaman, dari yang sengaja kpd tak sengaja, mahupun zahir atau batin.. Semoga di bulan ini, kita dpt bsama2 melatih diri menjadi hamba-Nya yang gigih dan bakal menjadi ahli syurga.. In sha Allah.. 


Sebelum menutup bicara, sekali lagi Nurul ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarrak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.. Assalamualaikum.. ^_^

2 komen budak comel:

Nik Muhammad Jameel said...

selamat berpuasa ^_^

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.114
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/