HEADER

HEADER

Monday, 17 June 2013

FAKTA PEREMPUAN...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih. Tetapi dia x menitiskn air mata. Itu maknanye dia sedang menangis dalam hati.

2. Jika seorang perempuan jatuh cinta dengan seorg lelaki. Lelaki itu akn sentiasa ada dlm fikirannye walaupun ketika itu dia bersama dengan lelaki lain.

3. Bila lelaki yang dia cinta merenung tajam ke dalam matanye, dia akan cair seperti coklat!

4. Perempuan memang menyukai pujian tetapi selalu xtahu cara menerima pujian.

5. Wanita suke meluahkan ape yg mereka rasa melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan kerana itu adalah cra termudah mereka untuk meluahkan.

6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan.

7. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi perempuan. Jadi jangan senyum sebarangan dgn mereka.

8. Jika kamu menyukai seorang perempuan mulalah dengan persahabatan.. Kemudian biarkn dia mengenalimu lebih lama.

9. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya2 mengapa aku x bertemu lelaki ni lebih awal.

10. Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

Kamu bodoh nak...

Suatu hari, seorang gadis yang sedang putus cinta menangis di taman. Saat itu datang seorang nenek bertanya padanya,

NENEK : Kenapa kamu menangis?

GADIS : Saya sangat sedih. Kenapa dia meninggalkan saya?

NENEK : Kamu bodoh nak. (Sambil tertawa)

GADIS : Nenek ni kenapa? Jangan menghina saya. Saya sangat sedih kerana putus cinta. Tak mengapa kalau nenek tak memujuk. Tapi jangan ketawakan saya.

NENEK : Kamu Bodoh. Kamu tak perlu sedih. Sebab yang seharusnya bersedih itu adalah dia.

GADIS : Kenapa dia yang bersedih, kan dia yang memutuskan saya?

NENEK : Iya, Kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu, tapi dia telah kehilangan orang yang sangat mencintainya.

GADIS : (Sambil menangis dan berkata) Tapi saya sangat sedih nek.

NENEK : Apakah dengan bersedih dia akan kembali kepadamu dan mencintaimu. Bersabarlah nak dan yakinlah, bahawa cinta yang indah, telah menantimu didepan.

#Jangan kecewa dengan cinta manusia dan jangan berputus asa dengan takdir Allah s.w.t.. =)

Bila Ada...

Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang SETIA, lakukan perkara yang sama..
Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia masih bererti...

Saturday, 25 May 2013

Jika Dia Bukan Jodohku...

"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandanganku, aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh, walaupun melupakannya sangat menyakitkan, aku berusaha untuk sanggup, gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang sentiasa melekat erat dalam ingatanku, kerana jika semuanya terhapus dalam waktu sekejap, aku takut itu akan menyeksa diriku sendiri"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... bantulah aku untuk mencabut perasaan yang luar biasa ini dari hatiku, aku akan merasa bersalah dan mengutuk diri ku sendiri jika dia yang kini bersemayam anggun di hatiku bukanlah qawwamku, aku sedar itu tidaklah mudah kerana akarnya terlanjur membumi di hatiku"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... aku mohon, jangan hadirkan wajahnya lagi dalam mimpi-mimpi malamku, kerana itu hanya membuatku semakin merindu dan berharap"..

"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... jauhkanlah, sejauh yang aku harapkan untuk menjadikan namanya terdengar biasa saja di pendengaranku, kerana sungguh, atas perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya"..


"Jika dia bukan jodohku, Ya ALLAH... jauhkanlah,sejauh yang aku harapkan untuk menjadikan wajahnya terlihat biasa saja pada pandanganku, kerana sungguh atas perasaan ini hatiku bergetar kencang bila memandang wajahnya"..

Amin Ya Rabbal-Alamin.

Aku Sang Pemerhati...

Aku mengintai keindahan bintang di langit.. Aku berusaha menggapainya.. Namun tatkala aku hampir mencapainya, tiba2 cahayanya semakin malap.. Dan akhirnya bintang yang ingin ku capai, menghilang.. Puasku mencari, tapi bintang itu terus menyepi..


Aku mengamati tujuh warna pelangi.. Aku terus menyukai kerana indahnya warna sang pelangi.. Aku terus menjadi sang pemerhati, kerna bimbang ianya kn pergi.. namun bila munculnya sang mentari, sang pelangi tiada lagi..

Dan akhirnya, aku sendiri lagi.. Menanti sang bintang hati muncul di malam hari.. Mendamba sang pelangi muncul lagi.. Biarla aku menanti dan terus menanti.. Kerna aku pasti, sang bintang hanya bersembunyi pada siang hari dan pasti akan menyinar lagi di malam hari.. Dan sang pelangi pasti menceriakan langit lagi, ianya hanya bersembunyi kerna terangnya cahaya sang mentari.. Bila hujan turun lagi, sang pelangi akan mncul kembali..

♡♥♡♥♡♥♡

Monday, 8 April 2013

Ulang Tahun Kelahiran Saya yang Ke 21

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.. Apa khbr rakan-rakan hari ini? Xtidur lg ke? Alhamdulillah kerana kita semua masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas di muka Bumi ini untuk beribadah kepada-Nya..

Hari ini merupakan 8 April 2013.. So, hari ini genaplah usia Nurul yang ke-21 tahun.. Alhamdulillah.. Nurul panjatkan kesyukuran kpd Allah s.w.t kerana Nurul masih dipanjangkan usia sehingga ke saat ini.. Pada hari ini jugalah Nurul telah meninggalkan zaman remaja Nurul dan mulai saat ini juga Nurul telah menjadi seorang yang dewasa.. Harapan Nurul adalah untuk menjadi seorang muslimah yang taat kepada perintah Allah s.w.t, menjadi salah seorang ahli syurga, menjadi seorang anak yang solehah, bakal menjadi seorang isteri yang taat kpd suami dan bakal menjadi seorang ibu yang mithali..


Last sekali, Nurul nak kalungkan ucapan terima kasih ini kpd kedua-dua Ibu Bapa Nurul iaitu Yussof b Arbi dan Norliza bt Abdul Rani.. Tanpa kedua-dua ibu bapa Nurul yang Nurul sayangi ini, tidaklah lahir Nurul ke dunia ini dan tidaklah ada tulisan Nurul ni blog ini pada ketika ini.. Nurul juga nk ucapkan terima kasih kepada adik-adik Nurul iaitu, Fiza, Iqah n Yasmin kerana sentiasa bersama-sama dengan Kak Won diorang yang terlalu manja nie.. Xlupa juga kepada ckgu-ckgu Nurul dr Tadika Nurseri Al-Aziz, SK Agama (MIS) Bintulu, SMK Bintulu, MRSM Kuching dan pensyarah-pensyarah Nurul di Politeknik Mukah Sarawak.. Tnpa kalian, mgkin Nurul xtau membaca dan mengira pada saat ini.. Dan yang terakhir sekali adalah sahabat-sahabat Nurul yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Nurul hingga ke saat ini.. Nurul sayang korang semua sangat-sangat.. Semuanya amat bermakna bagi Nurul dan korang semua adalah pelengkap hidup Nurul.. Terima kasih sangat-sangat kepada semua.. ^_^




Ni lah Nurul pd usia 1tahun lebih..


Ni gambar Nurul pada usia 8tahun dan 16 tahun.. 


Ni pula semasa Nurul tingkatan 5..


Ni adalah Nurul sekarang..



Inilah kedua-dua ibu bapa Nurul.. 



Dan ini pula adalah ahli keluarga Nurul.. Nurul sayang semuanya.. <3





Saturday, 6 April 2013

FiNaL SeMeSTeR.. (HaMPiR TaMaT)

Assalamualaikum rakan-rakan semua.. Apa khbr hari nie? Nurul nak ucapkan selamat berhujung minggu kepada semua.. Kepada rakan-rakan Nurul yang bakal menduduki peperiksaan akhir dlm masa 2minggu lagi, selamat megulangkaji.. Hehe.. Tak sangka kn masa berlalu cepat sangat.. Xkurang dr sebulan je lagi Nurul berada di Politeknik Mukah nie.. Rasa mcm baru je msok sem 1.. Pejam celik, dh hmpir 3 tahun kt sini.. Sejujurnya, mmg berat sangat rasanya nk tgglkn PMU nie.. Kt sini lah Nurul menghabiskan masa dengan rakan-rakan Nurul yang Nurul sayang.. Menimba ilmu tentang Kejuruteraan Awam.. Wpun pd asalnya Nurul terpaksa dan rela mengambil jurusan ni tp Nurul xsgka habis juga Nurul akhirnya.. Hurm.. Sedihnya bila dh nk bpisah dgn rakan-rakan Nurul kt sini.. Suka dan duka dikongsi bersama2.. Nurul redha dgn ppisahan yg bakal berlaku.. Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti akan ada ppisahan.. tp Nurul doakan akan ada lagi pertemuan antara kita di masa akan datang.. Syg sahabat-sahabat Nurul semuanya.. Nurul pasti akan merindukan korang semua..



















Apa-apa pun, goodluck kepada rakan-rakan semua untuk peperiksaan akhir yang bakal menjelang.. Nurul ada 7paper final exam sem nie.. doakan Nurul and rakan-rakan Nurul untuk lulus dengan cemerlang ye.. Sekian je dr Nurul.. Assalamualaikum dan salam ukhuwah.. ^_^

Ni Jadual Peperiksaan Akhir Nurul.
^_^

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...