HEADER

HEADER

Saturday, 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
❤MiaLiana ❤Aynora ❤SewaKeretaSabah ❤ProvideNetwork ❤TengkuButang ❤IeyzartdSyahieyr ❤FuzaMusa ❤YatiAdam ❤ZafirahZarrae ❤Cekelatmanih ❤DayangDeno ❤EngkuMuzahadin ❤PetakBunga ❤AinimRashihah ❤KaryaMahirah ❤Azhafizah ❤Zaidalifah ❤FatihahFazlin ❤FatinFarhanah ❤NiaEmkay ❤SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Alhamdulillah, I am a Diploma Holder!!

Assalamualaikum sahabat2 semua dan salam ukhuwah.. Lamanya Nurul tak update entri ni.. Apa khabar agaknya sahabat2 semua? Harapnya semua sihat2 dan ceria2 selalu hendaknya.. Rindu lak rasanya nk mnulis dan berblog walking bersama dengan sahabat2 semua.. Sejak sambung study ke peringkat degree ni, Nurul takda masa nak update entri.. Maaf ye..

Ok, entri kali ni, Nurul nk kongsi kebahagiaan Nurul bersama sahabat2 semua.. Pada 23 Ogos 2014 yang lalu, Politeknik Mukah Sarawak (PMU) telah mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke - 7.. Alhamdulillah Nurul merupakan salah seorang alumni PMU yang telah menamatkan pembelajaran Nurul pada Mei 2013 yang lalu.. Tempoh 3tahun proses pembelajaran tersebut akhirnya membuahkan hasil.. Nurul bkn saja berjaya dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Awam, tetapi Nurul berjaya melanjutkan pembelajaran Nurul ke peringkat ijazah.. Alhamdulillah.. Skrg Nurul sudah pun melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina.. Dan Nurul sekarang sudah berada di semester ke 3 di UITM Seri Iskandar Perak..

Nurul bersyukur kepada Allah s.w.t atas kejayaan yang telah Nurul capai pada saat ini.. Alhamdulillah Ya Allah.. Tidak lupa juga, terima kasih kepada orang di sekeliling Nurul. Nurul tidak mungkin akan berjaya tanpa pertolongan dan semangat daripada orang2 yang tersayang iaitu keluarga Nurul, sahabat2 Nurul dan pensyarah2 Nurul yang banyak memberi semangat dan galakan untuk Nurul menjadi lebih berjaya.. Tanpa kalian semua, Nurul takkan mungkin berada di mana Nurul berada sekarang..

Dalam tempoh 3 tahun berada di PMU, Nurul telah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan.. Namun begitu, dengan adanya orang2 tersayang yang sentiasa ada untuk Nurul, telah memberi semangat kepada Nurul untuk terus maju ke hadapan.. Pelbagai suka dan duka yang Nurul telah lalui bersama dengan sahabat2 Nurul.. Ikatan ukhuwah yang telah terbina tidak mungkin akan terlerai.. Meskipun masing2 telah berjuang di perantauan, namun semuanya tetap di ingatan.. Nurul rindu sahabat2 Nurul.. Meskipun jarang berkomunikasi, namun semuanya dekat di hati..

Oklah.. Tu je entri Nurul untuk kali ni.. In shaa Allah, kita akan berjumpa lagi di entri yang seterusnya.. Salam ukhuwah dari Nurul, Assalamualaikum.. :)
















 














Thursday, 29 May 2014

Kepercayaan Karut Perempuan Tidak Tutup Aurat

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Lama sgt rasa nya Nurul x update blog nie kn.. Sibuk sgt study.. Hehe.. Skrg ngah cuti, so Nurul ambk ksmptan utk update entri pd masa nie..

So, kli nie, Nurul just nk share satu perkongsian tentang aurat. Sblm ni pun Nurul pnah share gak dlm Entri yang lain. Tp kli ni lebih kpd untuk membuka mata masyarakat sedikit tentang kepercayaan karut tentang aurat.. Nurul just copy paste je dr sumber lain sebab nk bkongsi dgn sahabat2 semua kn.. So, jom baca entri Nurul kli ni..

KEPERCAYAAN KARUT #1
"Saya bukannya tidak mahu menutup aurat, saya tahu ia perubahan yang baik tetapi buat masa ini saya belum bersedia. Insyaallah satu hari nanti saya akan cuba menutup aurat. Doakanlah saya supaya saya mendapat hidayah ya."

KENAPA IA MENGARUT ?
Mahu tunggu hidayah baru nak tutup aurat ? Sampai bila mahu tunggu untuk berubah ? Berhari-hari ? Berbulan-bulan ? Bertahun-tahun ? Sempatkah anda menutup aurat dengan betul jika maut datang menjemput anda secara tiba-tiba ?

Hidayah untuk menutup aurat mesti dicari dengan melaksanakannya dalam keadaan terpaksa terlebih dahulu, lama-kelamaan hati akan beransur-ansur ikhlas dan terbuka bukannya menunggu hati yang ikhlas. Takut tak sempat tua !



KEPERCAYAAN KARUT #2
"Agak-agaklah sikit kalau nak kalau tegur orang (tidak tutup aurat)! Awak ingat diri awak tu sempurna sangat ke bila sudah tutup aurat ? Tak ada manusia yang sempurna, OK."

KENAPA IA MENGARUT ?
Bila anda ditegur kerana anda tidak menutup aurat pada ketika anda sepatutnya wajib menutup aurat, maka orang yang menegur itu TIDAK SALAH kerana dia sudah jatuh WAJIB menegur anda dan ketahuilah bahawa fakta menutup aurat itu adalah wajib bukannya harus atau sunat.

Aurat wanita Islam yang wajib ditutup adalah segala bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adakah anda sangat bermasalah untuk me'sempurna'kan tuntutan Allah itu walaupun tidak 100%, sekurang-kurangnya 95% ? Adakah memakai tudung di kepala, memakai baju kurung yang tidak jarang dan sendat, blouse atau baju labuh berlengan panjang, berkain dan berseluar lapang adalah suatu yang mustahil untuk di'sempurna'kan ? Adakah ia suatu tahap ke'sempurna'an penutupan tubuh yang terlalu ekstrem yang hanya para ustazah atau isteri alim ulama sahaja yang mampu me'sempurna'kannya ? Adakah ke'sempurna'an yang disebutkan ini tidak boleh di'sempurna'kan oleh wanita Islam biasa seperti anda ? Ianya kesempurnaan yang mampu disempurnakan.

Jika sudah berusaha menutup aurat se'sempurna' yang boleh dan anda juga masih melakukan dosa-dosa lain akibat lalai, maka barulah anda layak mengatakan bahawa 'tiada insan yang sempurna'.

KEPERCAYAAN KARUT #3
"Bukan tak boleh tegur orang yang tidak tutup aurat, tetapi janganlah keras-keras, tegurlah dengan lemah lembut. :"

KENAPA IA MENGARUT ?
Manusia ada pelbagai reaksi terhadap teguran. Ada wanita yang mudah diubah dengan nasihat yang lemah-lembut. Ada pula wanita yang tidak laku dengan teguran yang lembut itu, maka harus berpuluh atau beratus kali baru memberi kesan. Malahan, ada wanita yang lali dengan sebarang teguran yang lemah-lembut, lalu keadaan auratnya semakin teruk terdedah-dedah di dalam masyarakat, maka teguran secara tegas dan keras adalah perlu dan harus demi perubahan mereka.

Masalah besar pada wanita zaman kini ialah bila mereka ditegur secara lembut tidak makan, bila ditegur secara keras mereka marah. Kesimpulannya, mereka ego tidak mahu ditegur. Mereka mahu dibiarkan.


KEPERCAYAAN KARUT #4
"Saya pakai tudung dan saya pakai baju serta seluar, saya tidak berbogel. Maknanya, saya sudah cukup syarat menutup aurat. ! "

KENAPA IA MENGARUT ?

Ianya belum tentu. Perlu anda faham bahawa konsep aurat yang pertama adalah menutup kulit bahagian aurat tubuh anda dari dilihat oleh mata lelaki, manakala konsep aurat yang kedua ialah merahsiakan tubuh badan anda daripada jelas ketara menampakkan alur bentuknya. Maka, jika bertudung di kepala sekalipun tetapi pada masa yang sama memakai baju lengan pendek, baju yang sendat jelas menampakkan bentuk dada dan pinggang, memakai kain terlalu lembut yang melekap di betis, peha dan pinggul, memakai leggings atau jeans sendat yang nampak sempit mengikut bentuk kaki maknanya anda tidak sempurna menutup aurat sebaliknya anda melakukan jenayah fesyen yang bercanggah dengan hikmah bertudung. Jika anda bertudung, maka pakaian-pakaian anda yang lain wajiblah sesuai dengan konsepnya. Konsep sopan mengikut nilai Islam.

Haa.. Dh selesai baca entri Nurul kli ni? Apa yang kita dapat simpulkan di sini, memang ramai golongan wanita Islam yang berpendapat sebegini sahabat2 semua.. Jadi, marilah kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik.. Sahabat2 muslimah semua, ini sajalah perkongsian Nurul kli ini.. Smoga nasihat yang baik yang diperoleh dalam entri kli ni akan dmanfaatkan sebaik2 nya oleh sahabat2 semua.. Sampai jumpa lagi.. Salam ukhuwah dan Assalamualaikum..

Thursday, 1 May 2014

Blogwalking HARI PEKERJA bersama Ayuinsyirah

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Ahlan Wasahlan ya Rejab.. Ada sapa2 yg puasa x hari ini? Untung tau kpd ssiapa yg bpuasa hari ni.. Haa.. Slmt Hari Pekerja juga kpd yg bkerja tu.. Rehat2 kn lah diri hari ni ek.. Hari cuti gunakn sebaiknye.. Hehe..

Entri kli ni nurul nk ajak sahabat2 bsegmen bsama Nurul dalam Segmen "Blogwalking HARI PEKERJA bersama Ayuinsyirah". Jom join utk tambah bnyk lg kenalan.. :)



Monday, 28 April 2014

Calon Menantu Pilihan Ibu


Assalamualaikum sahabat2 semua.. Mst ramai yg dh lena time cmni kn.. Nurul xleh nk tdoe selagi xshare entri ni kt sahabat2 semua.. Nurul baca entri seorang sahabat nie tentang calon menantu pilihan seorang ibu.. Mana2 ibu mst nk yg tbaik kn untuk ank2 mereka kn.. So, teruskn membaca entri Nurul ni smpai hbis.. Xlama sgt pon masa yg diambk utk baca entri ni.. Tp pcayalah sahabat2 semua, xksah la wanita ke lelaki ke, entri kli ni mmg mbuka sdikit minda kita tentang calon pilihan seumur hdup.. Jom baca.. 

Bayu malam dirasakan begitu halus menyapa diri, suasana yang tenang sebegini di desa tercinta pasti membuatkan setiap jiwa yang terlena bingkas bangun merujuk kepada bonda tercinta ? Aik ? Buat apa..
Hrmm. Memandangkan esok adalah hari jadi ibu, maka sempat saya bertanya, bagaimanakah ciri-ciri menantu idaman beliau. Dan ini jawapan yang diberikan ;
Sambil menyinsingkan lengan, ibu memulakan cerita ditemani buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim Fillah.
Ibu memang pengemar setia buku-buku tulisan mas Salim.
Katanya…
Menantu pilihan ibu mestilah seperti wanita ini :
Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada ketika itu berusia 80 tahun.
“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang telah tua bangka ? ” tanya Saidina Ustman. Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata
“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih tua “
“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku ? “Nailah kembali tersenyum sambil berkata”Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya “

Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa, hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama suami tercinta.
Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya itu.
Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak.Ketika akhirnya Saidina Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah. tetapi apa jawabannya ?

“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan kedudukan Ustman dalam hatiku “
Kisah Fatimah bte Abdul Malik
Ibu menyambung ceritanya lagi sambil mengesat-ngesat kedua biji matanya yang sedikit berair. Penuh emosi ibu bercerita kali ini. Macam anaknya ini mahu berkahwin esok hari sahaja lagaknya ;
Ibu juga mahu calon wanita ibu nanti seperti wanita ini,
Nama wanita mulia ini adalah Fatimah b. Abd Malik, isteri kepada khalifah Umar B. Abd Aziz.
Suatu saat Fatimah tersenyum mengenang kembali kisah sewaktu Umar duduk di sampingnya sambil berbisik lembut, “Apakah engkau keberatan sayang, bila permata yang sedang engkau pakai ini kita taruh dalam sebuah kotak lalu kita masukkan ia ke dalam Baitul Maal ?
Fatimah tiba-tiba terkejut. Ia menatap lelaki yang amat dicintainya itu. Disentuhnya permata yang terpakai kemas di lehernya itu. Permata itulah satu-satunya perhiasannya yang masih tinggal. Ia sangat menyayanginya. Permata yang penuh kenangan. Permata itu hadiah ayahnya Khalifah Abdul Malik B. Marwan, merangkap bapa saudara Khalifah Umar Abd Aziz di hari pernikahan mereka.
“Terlebih dahulu”, kata Umar, “Aku akan membelanjakan simpanan Baitul Mal yang lain, dan kalau sudah habis barulah akan kugunakan permata itu untuk kepentingan kaum muslimin”
Fathimah akhirnya tersenyum. Dibukanya pengait kalungnya. Diserahkannya permata itu ke genggaman suaminya. Dan ‘Umar, dengan tubuhnya yang mulai kurus memeluknya tanpa kata. Mesra dalam dakapan. Fathimah tahu ertinya. Seolah-olah ia mendengar suara lembut ‘Umar, “Terima kasih atas kesetiaanmu padaku di jalan yang penuh dengan kesulitan ini. Semoga Allah mempersatukan kita dalam kehidupan yang lebih indah di sisiNya”
Sampailah pada suatu ketika, Khalifah Umar B. Abd Aziz wafat dan adik Fathimah yang bernama Yazid ibn Abd Malik mengantikannya sebagai khalifah, ujian kesetiaan itu datang.
Yazid yang tahu perhiasaan itu kesayangan kakaknya membawa kembali permata itu. Dengan penuh sayang diletakkannya permata itu di genggaman tangan kakaknya. Fathimah mengeleng sambil tersenyum. “Aku telah menjauhinya ketika ‘Umar masih hidup. Bagaimana mungkin aku berdekat-dekat dengannya ketika ‘Umar telah tiada ?
Allahu Allah..
Kali ini aku yang menangis mendengar kisah ibu. Ibu lalu menyambung kembali kisahnya..
Kisah Siti Hajar
“Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku ? ” Seru wanita itu penuh tanda tanya
Lelaki itu Ibrahim a.s diam tidak menjawab. Ia hanya berhenti sejenak, menghela nafas dalam-dalam menahan esak, “Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku ? “
Yang ditanya tetap lagi mendiamkan diri. Dalam hatinya berkecamuk sejuta rasa. Dia berasa sangat bersalah meninggalkan isteri dan putera yang dicintainya itu berseorangan di padang pasir penuh gersang. Dia yang menanti-nanti kelahiran buah hati berpuluh tahun lamanya. Dia yang melalui malam-malamnya dengan doa-doa, memohon agar ada tangis kecil yang memecah kesunyian rumahnya. Kini Allah telah memberikan anugerah itu Ismail. Dan kini, Allah tiba-tiba memintanya meninggalkan Ismail dan ibunya di tanah tidak berpenghidupan ini. Ia akan merasa sepi lagi. Ia akan dilanda khawatir tak bertepi. Tetapi apakan daya seorang hamba ? Dan mengapa harus dia berprasangka sebegitu pada Allah ? Ya, ia redha dengan perintahnya. Hanya saja ia tidak sanggup menjawab pertanyaan isterinya itu, Siti Hajar. Hatinya gerimis.
“Apakah ini perintah Allah ? ” Tiba-tiba wanita itu mengubah pertanyaannya.Ibrahim a.s terkejut. Ia berhenti sesaat lalu berbalik. Menatap wajah isteri dan anaknya itu dengan penuh rasa kasih dan sayang.”Ya” Katanya. Helaan nafasnya panjang dan berat. “Ini perintah Allah”

Mereka berpelukan. “Kalau ini perintah Allah ” Kata wanita solehah itu sambil berbisik di telinga suaminya, “Dia sesekali tidak akan pernah menyia-nyiakan kami “

Allahu Allah…
Dan ciri yang terakhir kalau boleh, menantu ibu mestilah seperti wanita ini..


Kisah Siti Khadijah

Ibu mahu agar bakal menantu ibu nanti mampu menjaga kamu, umpama Siti Khadijah menjaga suaminya Muhammad saw.

Meski, Siti Khadijah berselisih umur yang agak jauh dengan Baginda saw, namun hadirnya ke dalam diri Rasulullah saw, tentu bagaikan ibu yang penuh kasih ketika kekanakan seorang lelaki sesekali hadir memberi warna. Seorang janda yang begitu teguh hati, penuh pengalaman hidup, dan matang tentu membuat Muhammad saw merasa seperti memiliki kawan seiring dalam meraih kedewasaan dan kemuliaan pekerti. Siti Khadijah seolah hadir menjadi sebahagian scenario Allah dalam mempersiapkan kerasulannya.
Siti Khadijah juga hadir di saat yang genting dalam hidup beliau. Ia menunaikan tugasnya mendampingin Rasulullah di masa-masa yang berat, ketika dakwah ditindas, ketika risalah ditentang keras, dan sahabat-sahabat Rasulullah saw mengalami penyiksaan dan penganiayaan yang tak terperi. Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela dan menjaga beliau dari para pencaci, pendengki dan musuh dakwah. Cinta Khadijah menghangatkan beliau ketika angin cubaan membekukan. Cinta Khadijah mententeramkannya ketika gelisah dan ketakutannya meraja. Cinta Khadijah menguatkannya ketika lelah dan lemah mulai menyerang urat sarafnya.

Ketika Rasulullah menerima wahyu pertama, ada perjuta gejolak dalam perasaan beliau. Sedih, binggung, cemas, gelisah, khawatir dan tertekan. Rasanya ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung.

“Tiba-tiba aku berlutut” Kata Baginda Nabi, “Kemudian sendi kakiku mulai longlai. Aku berjalan merayap, sementara seluruh tubuhku bergetar keras. Cepat-cepat aku masuk menemui Khadijah, ‘Selimutilah aku, selimutilah aku ‘ Akhirnya rasa takutku beransur-ansur hilang.

Kemudian laki-laki yang memanggilku tadi datang lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, engkau adalah utusan Allah” Mendengar itu aku berasa takut kembali dan rasanya aku ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung. Mendadak, laki-laki itu menampakkan dirinya seraya berkata, “Ya Muhammad, aku Jibril dan engkau Rasulullah “

Lalu, ia membimbingku. “Bacalah !” Katanya.

“Aku tidak bisa membaca… “

Ia lalu mendakapku hingga tiga kali berturut-turut, hingga aku merasa letih sekali. Laki-laki itu berkata lagi, “Iqra’ bismi Rabbikal ladzi khalaq ” Kemudia aku mengikuti bacaan itu dengan baik.

Setelah itu aku pergi kepada Khadijah. Aku sangat takut sekali, aku ceritakan segala yang telah aku alami. Dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang ia berkata “Tidaklah demikian… Dengarlah ! Demi Allah, bergembiralah… Ia tidak akan merendahkan dan menghinakanmu sedikit pun. Demi Allah ! Kerana engkau selalu menyambung silaturrahim, jujur dalam berkata, menunaikan amanah, suka menerima tetamu, tabah dalam derita, dan suka menolong orang yang dilanda musibah !

Begitulah, rasa tenteram serta kasih sayang tulus dan perhatian yang diberikan Khadijah telah menjadi kenangan tak tergantikan dalam hidup Rasulullah. Selimut kenangan yang diberikan Khadijah menjadi memori kemesraan yang mententeramkan. Sering, Beliau menyebut dan mengenangnya. Senantiasa Beliau menyambung silaturrahim dengan teman-teman Khadijah dii saat perempuan mulia itu telah mendahului. Begitulah riwayat mencatatkan.

Sobs-sobs..
Bunyi tangisan ibu semakin kuat. Dalam esak ibu berkata

“Justeru, seperti itulah calon menantu pilihan ibu. Biar tidak pandai memasak, tidak pandai menjahit, tidak pandai berbuat kerja dapur, tetapi dia adalah seorang wanita solehah yang baik agamanya “

Engkau anakku, bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama.

Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan berbahagia” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s : Dialog adalah rekaan. Adapun kisah ini dicedok dan diubah sikit-sikit daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim Fillah. (dipetik dari laman http://akubukansuparmen.wordpress.com/2012/12/18/calon-menantu-pilihan-ibu) 
Haa.. Alhamdulillah kpd sahabat2 yg bjaya mhabiskn pembacaannya sampai yg terakhir.. Hrp sahabat2 dptla ambik ikhtibar dan pengajaran serta panduan sedikit drpd perkongsian Nurul yg di atas.. Kpd sahabat2 wanita, kita mmgla susah nk jd wanita solehah, tp kita boleh berusaha untuk ke arah tu kn.. Dan bg sahabat2 yg lelaki pulak, carilah calon isteri spt tu.. Tp seandainya xmampu untuk mdptkn zaujah spt tu, maka bimbinglah pasangan sahabat2 tu untuk ke arah itu.. InshaAllah...

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
Allah s.w.t berfirman : “ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Sekian sahaja entri Nurul untuk kli ni.. Terima kasih kerana berkunjung ke Laman Sis Nurul dan dtglah lagi untuk perkongsian yang menarik.. InshaAllah.. Salam Ukhuwah, Assalamualaikum w.b.t..



Saturday, 26 April 2014

Salam Rindu

Assalamualaikum sahabat2 smua.. Apa khabar semua nya sekarang? Diharap semuanya sihat, alhamdulillah la ye.. Lama sgt rasanya nurul x update blog nie.. Nurul bz sgt.. Hmm.. Entri kli ni pon pendek je sbb Nurul nk cpat.. Tp rndu sgt rasanya nk mnulis dan mengikuti pkembangan sahabat2 semua..

Lupa pulak nurul nk bgtau sahabat2 semua.. Nurul dh sambung study ke peringkat degree skarang nie.. Dh 2 bulan nurul berada di UITM Seri Iskandar Perak ni.. Nurul ambk course Architecture.. Berbeza dengan course nurul masa diploma dulu.. Huhu.. Nnt len kli nurul cerita lg ek.. Nurul nk cepat.. Hehe.. Mlm nie ada program Archi Festival.. So, jumpa len kli.. Salam rindu dari Nurul utk sahabat2 semua.. InshaAllah bertemu lg dlm entri akn datang.. Assalamualaikum.. :)

Friday, 20 September 2013

Singgah Kejap..

Assalamualaikum sahabat2 semua.. Lamanye xupdate entri kt dlm blog nurul nie ye.. Apa khbr sahabat2 semua? Shat x? Alhamdulillah kalau sahabat2 semua shat2 ye..

Entri nurul kali nie pun xpnjang.. Pendek je.. Hehe.. Nurul pun curi2 ckit masa Nurul nie untuk update entri nie.. hehe.. Rindu rasanya dgn blog nurul yg xseberapa nie.. Skrg nie Nurul dh mula bkerja di syarikat contractor d Bintulu nie.. Nama company tmpt nurul kerja nie ialah Maysville Sdn Bhd.. Company kitorg nie supply manpower kt MLNG (tmpt Nurul praktikal dulu) and ABF kt Bintulu nie.. Mggu nie genaplah sebulan dah nurul bekerja.. Alhamdulillah.. And lupa nk bgtau, sblm mula kerja tu, Nurul dah buat bisnes kecil2an.. Buat pencil case untuk budak2 sekolah.. Alhamdulillah, bisnes Nurul maju gak la.. And skrg pun Nurul still teruskan Nurul nye bisnes.. Sila lah jenguk2 page Nurul ek.. Nie link page Nurul.. Sahabat2 semua dialu2kan untuk like page Nurul nie..





Oklah, Nurul rasa, setakat ni je la entri Nurul kali nie ye.. InshaALLAH kalau ada masa, Nurul akan update entri lagi.. Syg korang semua.. Assalamualaikum..

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...