JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Saturday, 20 September 2014

Alhamdulillah, I am a Diploma Holder!!

Assalamualaikum sahabat2 semua dan salam ukhuwah.. Lamanya Nurul tak update entri ni.. Apa khabar agaknya sahabat2 semua? Harapnya semua sihat2 dan ceria2 selalu hendaknya.. Rindu lak rasanya nk mnulis dan berblog walking bersama dengan sahabat2 semua.. Sejak sambung study ke peringkat degree ni, Nurul takda masa nak update entri.. Maaf ye..

Ok, entri kali ni, Nurul nk kongsi kebahagiaan Nurul bersama sahabat2 semua.. Pada 23 Ogos 2014 yang lalu, Politeknik Mukah Sarawak (PMU) telah mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke - 7.. Alhamdulillah Nurul merupakan salah seorang alumni PMU yang telah menamatkan pembelajaran Nurul pada Mei 2013 yang lalu.. Tempoh 3tahun proses pembelajaran tersebut akhirnya membuahkan hasil.. Nurul bkn saja berjaya dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Awam, tetapi Nurul berjaya melanjutkan pembelajaran Nurul ke peringkat ijazah.. Alhamdulillah.. Skrg Nurul sudah pun melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina.. Dan Nurul sekarang sudah berada di semester ke 3 di UITM Seri Iskandar Perak..

Nurul bersyukur kepada Allah s.w.t atas kejayaan yang telah Nurul capai pada saat ini.. Alhamdulillah Ya Allah.. Tidak lupa juga, terima kasih kepada orang di sekeliling Nurul. Nurul tidak mungkin akan berjaya tanpa pertolongan dan semangat daripada orang2 yang tersayang iaitu keluarga Nurul, sahabat2 Nurul dan pensyarah2 Nurul yang banyak memberi semangat dan galakan untuk Nurul menjadi lebih berjaya.. Tanpa kalian semua, Nurul takkan mungkin berada di mana Nurul berada sekarang..

Dalam tempoh 3 tahun berada di PMU, Nurul telah mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan.. Namun begitu, dengan adanya orang2 tersayang yang sentiasa ada untuk Nurul, telah memberi semangat kepada Nurul untuk terus maju ke hadapan.. Pelbagai suka dan duka yang Nurul telah lalui bersama dengan sahabat2 Nurul.. Ikatan ukhuwah yang telah terbina tidak mungkin akan terlerai.. Meskipun masing2 telah berjuang di perantauan, namun semuanya tetap di ingatan.. Nurul rindu sahabat2 Nurul.. Meskipun jarang berkomunikasi, namun semuanya dekat di hati..

Oklah.. Tu je entri Nurul untuk kali ni.. In shaa Allah, kita akan berjumpa lagi di entri yang seterusnya.. Salam ukhuwah dari Nurul, Assalamualaikum.. :)
















 














0 komen budak comel: