JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Tuesday, 6 December 2011

RINDU...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhwah kepada semua rakan-rakan.. Apa khabar hari ini? Harapnya semua sihat-sihat lah ye.. Kepada yang sedang bercuti tu, selamat bercuti dan yang masih berjuang dalam pelajaran mahupun kerjaya masing-masing, selamat berjuang.. Okay.. Entri Nurul hari nie merupakan tentang satu perasaan iaitu RINDU..

Apa maknanya rindu??? Apa yang menyebabkan rindu?? Kenapa perlu rindu??? Apa yang kita perlu buat kalau rindu?? Rindu tu penting tak??




Pada pendapat Nurul la, RINDU nie merupakan satu perasaan indah yang terdapat pada semua makhluk hidup di muka Bumi nie apabila teringat akan seseorang ataupun sesuatu yang mereka sayang.. Sama ada manusia mahupun haiwan.. Manusia selalunya rindu kepada Pencipta mereka, mahupun orang sekeliling mereka, kampung halaman ataupun haiwan peliharaan mereka, rindukan barang kesayangan mereka dan bermacam-macam lagi.. Kalau haiwan pula, rindukan keluarga mereka ataupun tuan mereka.


Tp hari ini Nurul nak kupas sedikit tentang rindu kepada seseorang yang kita sayang... Kebiasaannya, kita akan berasa rindu apabila kita berjauhan dengan orang yang kita sayang.. Bak kata orang, jauh di mata, dekat di hati.. Disebabkan perasaan sayang yang ada dalam hati kita la wujudnya perasaan rindu tu.. Kadang-kadang, kita tak sedar pun bila kita mula menyanyangi seseorang.. Tapi apabila wujudnya perasaan rindu nie, barulah kita sedar bahawa kita sayang kpd seseorang tu.. Masa tu la baru kita mula merasakan betapa pentingnya dia dalam hidup kita dan baru kita mula menghargai seseorang itu sewaktu dia berada dekat dengan kita..

So, apa yang kita perlu buat kalau rindu dengan seseorang tu?


1. Kita kena berdoa kepada ALLAH s.w.t agar orang yang kita rindu itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa diberi perlindungan.. Dan semoga dia juga tak lupakan kita.





2. Bagi yang ada simpan gambar si dia tu, leh la tengok.. Tapi xboleh lama2 takut menjadi zina mata dan zina hati pulak.. Cukuplah tengok sekadar untuk melepaskan rindu je..




3. Call ataupun sms si dia tu untuk bertanya khabar dan mengikuti perkembangan dia.. Xyahla nk calling smpai berjam2.. Kejap pun jadilah.. TAPI, Jangan KERAP calling dengan si dia.. Sebab, lau selalu sangat berhubung, perasaan sayang boleh berkurang akibat BOSAN.. Sebab takda topic nak borak apa dh.. Asyik tanya, “wtpe tu?”, “dh mkn ke?”, “dh mndi?”.. Haaa.. Kn bosan sgguh tu.. Bahaya tau lau terjadi perkara macam nie.. Sebab tu la kita salu tengok kaple yang terlalu kerap berhubung nie tak berkekalan.. (Tak semua macam tu tapi kebanyakan yang Nurul tengok memang macam tu).. Lagipun, lau selalu sangat berhubung, takkan rasa rindu.. Tol x?





4. Mengimbau kenangan semasa bersama dengan si dia.. Mungkin dengan cara itu juga boleh kurangkan rasa rindu anda kepada si dia.. Tapi pastikan kenangan yang manis dengan si dia.. Lau yang pahit, takut mood rindu tu jadi mood sakit hati pulak.. hehe..





Banyak lagi yang boleh kita buat kalau rindu kat seseorang tu.. Semuanya bergantung kepada individu masing-masing.. Mcm mana nk ubati rasa rindu tu.. Rasanya smpai sini je lah entri Nurul untuk kali ini.. So, rindu tu amat penting kepada kita sebagai manusia.. Supaya kita lebih menghargai seseorang tu apabila dia ada disamping kita.. So, nikmatilah perasaan rindu itu kerana sesungguhnya, rasa rindu itu sangat indah dan merupakan penguat kepada sesebuah hubungan.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa baca entri Nurul kali ini.. Sampai jumpa lagi dalam entri-entri yang seterusnya.. Salam ukhwah daripada Nurul…

P/S: Gambar hanyalah hiasan semata-mata..









Kepada seseorang yang Nurul rindu saat nie, saya rindu awk sgt2.. Semoga awk xlupakan saya..







0 komen budak comel: