JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Wednesday, 19 October 2011

Cantiknya Bunga Mawar


Assalamualaikum w.b.t semua dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan semua hari nie? Sihat x? Haa.. Bagi yang muslim tu, dah tunaikan kewajipan anda kepada Allah s.w.t ke? Jangan asyik main internet je sampai lupa nak tunaikan solat ye. Main internet nie leh jadi haram tau lau rakan-rakan sume leka menghadap komputer ataupun laptop rakan-rakan sehingga lupa nak solat. Ingat, solat tu tiang agama kita. Lau tak solat, nanti iman kita rapuh. Macam rumah juga. Lau xda tiang, macam mana rumah kita nak kukuh kan? Macam tu juga la solat nie.


Nurul nak tanya nie. Rakan-rakan suma ada benda kesukaan x? Bnda kegemaran la. Xkisah la benda apa. Contohnye, patung, buku, kasut dan sebagainye la. Mesti ada kan? Nurul pun ada gak. Nurul nak kongsi sikit la sal sesuatu nie. Sesuatu yang Nurul suka sangat. Nurul suka bunga. Dulu Nurul suka tanam bunga kat tepi rumah Nurul sebab dulu mak dan nenek Nurul suka tanam bunga. Sebab tu la Nurul suka bunga. tapi, sekarang bunga dah bnyk yg layu. Sebab xda org nk jaga. Nenek pun dah tua. Mak lak sibuk ngn kerja rumah dan kerja persendirian dia. Nurul lak memang xda kt rumah. Sebab dr skolah menengah lagi dh dok skolah asrama. Ada kt rumah pun masa cuti je. So, sekarang ni hobi tanam bunga tu dah takda dh. :-(


Tapi, Nurul tetap gak suka bunga. Sampai sekarang. Nurul memang suka tengok bunga. Suka hidu wangian bunga. Nurul paling suka satu bunga nie. Mesti suma dapat teka bunga apa kn? Layout blog Nurul pun bertemakan bunga tu. Bunga Mawar. Nurul memang suka kan bunga mawar nie. Lau ada gi kedai bunga, Nurul suka tengok bunga mawar. Mawar cantik sangat. Terutama yang warna merah. Bunga ni wangi sangat. Walaupun ada banyak bunga kat kedai tu, haruman mawar nie lah yang paling kuat. 



Walaupun bunga mawar nie cantik tp susah nak petik mawar nie sebab berduri. Duri mawar ni tajam tau. Berbisa lak tu. So, hati-hati dengan mawar. Lau leka masa pegang mawar nie, leh tertusuk durinye. Bukan sembarangan orang leh petik bunga nie. Sebab tu lah orang cakap, mawar nie memang cantik dipandang tapi sukar untuk dipegang apalagi dipetik. 


Lagi satu, kelopak mawar nie kan, sentiasa teguh. Bila dia layu pun, kelopak dia takkan gugur. Mawar nie akan tetap cantik. Sentiasa berseri walaupun dah tak bermaya. Sebab tu la Nurul suka sangat mawar nie. 


Nurul teringin nak jadi cam mawar. Sentiasa berseri dan menyenangkan hati orang yang memandang. Perasan la Nurul ni kan. Tp memang Nurul nak jadi cam Mawar. Sentasa cantik, wangi, berduri dan macam-macam lagi. Orang salu umpama kan muslimah seperti mawar. Nurul pun harap, Nurul leh jadi cam mawar. Mawar yang berduri. Hehe. 



Sebelum Nurul mengundur diri untuk kali nie, Nurul nak pesan la kt rakan-rakan Nurul yang perempuan kat luar sana. Tak kira la yang beragama apa. Kita nie sebagai perempuan kenala jaga diri kita macam mawar nie. Sesungguhnya, martabat kita sebagai wanita amat tinggi. Biarla kita jadi cantik tapi sentiasa menjaga diri kita. Takyah la pasang duri lak kt diri kita nie. Hehe. Cukupla kita menjaga diri kita dengan menutup aurat, menambahkan ilmu kita dengan ilmu fardhu ain dan fadhu kifayah. Dan yang paling penting, memperkukuhkan iman kita nie. Lau iman kita kukuh, maka terpelihara la diri kita nie seperti mawar berduri.


Okayla kawan-kawan. Nurul nak berhenti untuk rehat dulu. Terima kasih sebab sudi singgah di blog Nurul yang xseberapa nie. Nurul nak minta maaf lau ada kesalahan kata-kata Nurul. Tolong la tegur ye lau tersalah. Nurul ni manusia biasa je yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Sampai jumpa lagi semua. Semoga kita ada kesempatan untuk berkongsi cerita lagi di masa yang lain. Insya'ALLAH.. Assalamualaikum w.b.t..

0 komen budak comel: