JellyPages.com


Pengikut Laman Sis Nurul

Thursday, 29 September 2011

KAWAN??

Ahlan Wasalah semua. Lama dh Nurul x update blog ni. Rindu pulak rasanya nk kongsi cerita ngn rakan-rakan semua. Rakan-rakan semua sihat x? Maklumlah cuaca sekarang ni tak menentu. Hope la sihat semuanya kn. 

Hari ni Nurul nk kongsi tentang KAWAN. Apa yang rakan-rakan semua paham tentang KAWAN? Ok. Nurul pun taklah arif sangat tentang perkara nie tp Nurul ada ramai kawan. Bagi Nurul, bila kita dh mula mengenali seseorang tu dan wujudnya ikatan silaturrahim antara dua individu, itu merupakan kawan. Tp, hubungan persahabatan itu taklah berhenti setakat gelaran 'kawan' sahaja. Tindakan kita sebagai seorang kawan mestilah ada. 

Kita selalu dengar orang kata, Kawan mestilah ada ketika kita susah dan senang. Yang sentiasa ada apabila diperlukan. Nurul taklah maksudkan kawan kena ikut ke mana sahaja kita pergi. Tapi, bila kita gembira, kawan pun kena gembira gak. Lau dia sedih, kita kena hiburkan dia. Lau dia susah, kita kena tolong dia. Lau dia ada masalah, kita bagi nasihat kat dia. Lau dia tak terima semua tu, kita takleh nak wat apa kan. Sekurang-kurangnya, kita dh cuba bantu dia.

Lagi satu, lau kita dah berkawan dengan seseorang tu, kita takleh la nak kongkong dia. Nak suruh dia ikut kita ke mana-mana je n kita ikut mana dia pergi. Kita wat dia macam dia kawan kita seorang je lak. Nanti dia takde privacy lak. Kita berkawan kenala berpada-pada. Kita takleh nak halang dia berkawan dengan orang len. Setiap manusia ada hak nak berkawan dengan sapa-sapa yang dia nak. Tp lau dia dh berkawan dengan orang yang tak baik, memang la kita kena halang dia kan. Tu dah jd tanggungjawab kita sebagai kawan dia la.

Kawan ni ada macam-macam rupa. Tak semuanya sempurna. Jadi, bila kita dh berkawan, kita kena terima kawan kita tu seadanya. Ada kawan yang terlalu baik untuk kita, dan ada juga yang selalu menyakitkan hati kita. Bercakap tentang kawan yang menyakitkan hati kita tu, mesti banyak kan. Nurul ada banyak gak pengalaman tentang tu. Tapi, tak kisah la semua tu. Lau kawan kita tu sakitkan hati kita, kita wat tak tau je la ek. Jangan balas dendam lak. Orang selalu kata, "tepuk sebelah tangan, takkan bunyi". So, lau kita tak endahkan perangai dia yang menyakitkan hati tu, dia akan berhenti gak.

Baik buruk kawan kita tu, dia tetap kawan kita. Sebab, Nurul ada satu prinsip yang Nurul pegang sampai hari ini n Nurul nak kongsi la. "SEKALI KITA BERKAWAN DENGAN SESEORANG TU, SELAMANYA TETAP KAWAN DAN TAKKAN MENJADI MUSUH". So, bila kawan kita tu jahat, kita tak boleh terus benci dia. Kadang-kadang ada sebab diorang berubah. Kita kena tanya masalah dia, nasihatkan dia dan bantu dia. Membenci dan menjadikan seseorang itu musuh kita bukanlah jalan yang terbaik dalam persahabatan.Ingat tu.


Hurm, ada banyak lagi yang Nurul nak kongsi sebenarnya tapi setakat ni je la dulu ek. Nanti Nurul update lagi cerita and pendapat yang Nurul nak kongsikan. Terima kasih semua kerana sudi membaca. Syukran.




Nurul ada lampirkan gambar-gambar Nurul dan rakan-rakan Nurul gak ni. Saja nk kongsi memori-memori Nurul dengan kawan-kawan Nurul.
 Ni gambar masa kitorang jalan-jalan kt seberang sungai.
Allan, Lunca, Nelson, Sherry, saya n tukang ambik gambar, Dayang.
 Ni masa ramah-tamah kt Jabatan Kejuruteraan Awam. 
Ni la member-member perempuan kelas Nurul.
 Ha.. Yang ni lak gambar semua clazmate Nurul.
 Ni room mate Nurul masa sem 1 dan sem 2.
Ruzana, Ain dan Azimah.
 Ni kawan-kawan Nurul yang ngam sekali ngan Nurul. 
Sherry, Dayang Zuraini n Lunca.
Kawan-kawan yang suka sangat ketawa.
Ni lak, Kak Agatha. Akak sekali lam kelas Nurul masa sem 1 dulu. 
Dia dh pindah dh. Ikut husband dia. 
Tp Nurul tetap rindu n sayang kt dia.
 Ni kawan Nurul, Khafifah. Orang cakap kitorang macam kembar.
Sama ke muka kitorang?
Ni Nana. Kawan rapat n paling baik ngan Nurul. 
Kitorang sama kampung n dia room mate Nurul dr sem 1 sampai la sekarang. 
Kitorang ni banyak persamaan n banyak kongsi rahsia. Hehe..

Okla. Tu je la gambar-gambar yang Nurul nak kongsi buat masa sekarang. 
Sampai jumpa lagi. Bye....

0 komen budak comel: