Pada 30 Jun 2012 yang lepas, Nurul berama 25 org rakan yang lain mendaftar balik ke Politeknik Mukah Sarawak (PMU) sebagai sukarelawan untuk Minggu Suai Kenal pelajar semester 1 pada sesi Julai 2012.. Sebenarnya ada lagi beberapa orang sukarelawan yang lain yang tak hadir atas alasan mereka tersendiri.. Jadi kepada sukarelawan yang bakal memimpin adik2 semester 1 nnt, biasanya kami akn mengikuti kem terlebih dahulu.. Tapi berlainan pula bagi sesi kali nie.. Ktorang menyertai program Khidmat Komuniti anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan A-team PMU d Kapit, Sarawak. Jumlah ahli yang mengikuti program ini iaitu 28 orang pelajar yang tdiri drpd 11org perempuan dan 17org lelaki serta 10org pensyarah...
Perjalanan kami bermula pada hari Ahad iaitu 1 Julai 2012.. Kami bertolak dr Mukah pada pukul 7.00 pagi dan smpai d Sibu pada pukul 10.00 pagi.. Seterusnya, kami bertolak ke Kapit pada pukul 10.45 pagi dengan menggunakan bot ekspress.. Kami sampai d Kapit dalam pukul 2.00 petang slepas 3jam perjalanan menggunakan bot.. Kebanyakan daripada kami berasa sangat teruja sewaktu sampai kerana kebanyakan daripada kami pertama kali sampai di daerah Kapit tu termasukla Nurul sndiri.. Di kapit, kami dtempatkan d Asrama Belia Kapit.. Selepas kami mendapat bilik masing-masing, kami pun berehat dan menunaikan solat asar..
Tiket untuk menaiki bot ekspress ^_^
Mcm nie la bot yang kami naiki.. :)
Semasa kami sampai d Kapit.. :p
Asrama Belia, Kapit
Pada sebelah petang pula, kami dibahagikan kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan merupakan kumpulan gotong royong dan satu kumpulan lagi merupakan kumpulan fesilitator.. Kumpulan gotong royong berperanan untuk membaikpulih dan mencantikkan lagi kawasan sekolah SK Kampong Baru Kapit.. Manakala kumpulan fesilitator berperanan untuk menyediakan aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) kepada pelajar SK Kampong Baru Kapit dan SMK Kapit 2.. So, kami pun bekerjasama untuk membahagikan alatan-alatan yang telah kami bawa dr Mukah kepada dua bhagian iaitu kelengkapan untuk aktiviti gotong royong dan kelengkapan untuk aktiviti LDK yang akan digunakan pada esok harinya..
So, keesokan harinya, kami semua hanya berjalan kaki ke kawasan sekolah SK Kampong Baru Kapit yang berada tidak jauh dari tempat tinggal kami.. Kami melalui kawasan Kampung Muhibbah Beleteh Kapit dan juga melalui jambatan yang terdapat di kampung tersebut..
Disebabkan Nurul berada dalam kumpulan fesilitator, jadi Nurul hanya boleh kongsikan pengalaman Nurul bersama-sama dgn adik-adik SK Kampong Baru Kapit dan SMK Kapit 2.. Pada hari pertama, aktiviti kami hanyalah bersama-sama dengan adik-adik Tahun 5 dan Tahun 6 Sk Kampong Baru Kapit.. Dan adik-adik yang berada dalam kumpulan Nurul pula terdiri drpd lelaki semuanya.. Pada hari tersebut, kami telah membuat sedikit aktiviti seperti ice breaking, melukis, riadah dan bermacam-macam lagi.. Pada malamnya pula, seperti biasa kami membuat aktiviti burung hantu..
Keesokkannya pula, kami mengadakan aktiviti LDK bersama dgn pelajar Tingkatan 5 di SMK Kapit 2.. Tp aktiviti LDK yg dijalankan berlainan dengan aktiviti yg djalankn d Sk Kampong Baru Kapit.. Dsebabkan mereka semuanya pelajar sekolah menengah, jd aktiviti LDK dn riadah yang dilakukan adalah bersifat lebih matang dan adalah lebih mementingkan buah fikiran mereka sendiri. Dan pd malamnya pula, sperti biasa adalah aktiviti burung hantu.. tp kali ini lebih mncabar kerana masing2 mmpunyai kerenah mereka sndiri.. Dan pd malam itu juga majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan lebih menggembirakan Nurul, kumpulan Nurul mndapat tmpt pertama.. hehe. Dan berakhirnya juga tugas kami sebagai fesilitator di Kapit, Sarawak..
Pada hari seterusnya, kami sebagai fesilitator yg telah 'bersara' pun turut sama membantu pasukan gotong royong membersihkan dan mencantikkan kawasan Sk Kampong Baru Kapit.. Nurul pun berkesempatan mengecat lukisan yang telah terbengkalai di bangunan kelas sekolah tu.. Seronok tau mengecat bersama dengan rakan-rakan.. Meskipun hasil yg Nurul buat xla cntik sgt, tp amat brmakna untuk Nurul.. Selepas itu, kami ada sesi fotografi bersama dengan adik-adik di sekolah tersebut.. Pada petangnya pula, ada pertandingan bola jaring dan pertandingan futsal bersama dengan cikgu sekolah tersebut..Dan pada malamnya pula, sesi BBQ bersama dengan warga sekolah SK Kampong Baru Kapit.. Begitulah berakhirnya khidmat kami di Kapit Sarawak. Mmg amat sedih untuk meninggalkan daerah ini dan pengalaman yang Nurul dpt di daerah ini mmg amat bermakna untuk Nurul..
Esoknya, kami harus balik ke Sibu dan seterusnya ke Mukah untuk program kami yang seterusnya iaitu Minggu Suai Kenal atau lebih dikenali sebagai minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baharu.. Tp sebelum bertolak balik, kami bersarapan di pasar Kapit dan bersiar-siar terlebih dahulu di sekitar kawasan Kapit. Dan selepas itu, kami pun bertolak balik.. Jd, itu sahaja entri Nurul kali ini.. Terima kasih bagi rakan-rakan yg sudi meluangkan masa membaca entri Nurul nie.. Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi.. ^_^
1 comment:
Terima kasih sudi direviewkan kisah Nurul ke dalam blog akak :)
Post a Comment