HEADER
Wednesday, 2 January 2013
Welcome 2013
Assalamualaikum sahabat-sahabat Nurul.. Alhamdulillah kerana kita semua dipanjangkan umur untuk sampai ke tahun baru ini.. Di kesempatan ini, Nurul nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.. Tanamkan azam baru di hati.. Semoga di tahun baru ini kita akan menjadi lebih baik drpd tahun-tahun lpas.. Perkara yang buruk pada tahun lpas kta jadikan sbg iktibar dan perkara yang baik tu, kta jdkan pnduan untuk menjadi lbih baik lagi.. InsyaAllah.. ^_^
Sunday, 30 December 2012
Selamat Kembali ke Sekolah Adik-Adik..
Assalamualaikum sahabat-sahabat Nurul semua.. Apa khbr semua? Nurul hrp semuanya sihat-sihat n ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta..
Entri Nurul kali ini adalah untuk memberi semangat kepada adik-adik yang bakal kembali ke sekolah beberapa hari lagi.. Mcm mana dgn persiapan nk ke sekolah? Semuanya dh ready ke? Bkn shja brg2 yg kena ready tp mental dan fizikal adik-adik pun kena ready juga tau.. Adik-adik kena ingt, zaman sekolah la paling best dalam kehidupan kita ni.. Akak teringin sangat nk kembali ke alam persekolahan, tp tu semua dh berlalu.. Kepada adik-adik yang masih lagi bersekolah, kena belajar bersungguh-sungguh kerana sekarang merupakan masa adik-adik mencorakkan masa depan adik-adik.. So, corakkan masa depan adik dengan cemerlang ye.. Smoga adik-adik semua berjaya di masa akan datang.. InsyaAllah.. Akak doakan yang terbaik untuk adik-adik semua.. Adik-adik kena buat sesuatu yang boleh membanggakan orang tua adik-adik kerana mereka semtiasa mendoakan kejayaan adik-adik di dunia dan di akhirat.. Meskipun orang tua adik-adik selalu marahkan adik-adik, sebenarnya diorang nkkan yang terbaik untuk adik-adik.. Semoga berjaya ye buat adik-adik..
Di samping itu juga, Nurul nk ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 dan selamat tggal 2012 kepada semua sahabat-sahabat Nurul.. Tanamkan azam baru di hati dan semoga berjaya di tahun baru kepada semua.. Semoga ceria-ceria selalu.. Assalamualaikum.. ^_^
Wednesday, 31 October 2012
Latihan Industri
Assalamualaikum dan salam ukhwah rakan-rakan Nurul..
Entri kali ni Nurul just nk kongsikan sikit ttg pengalaman Nurul semasa menjalani latihan industri pada 19 Disember 2011 hingga 18 May 2012 yang lalu. Walaupun agak lewat untuk ceritakan pengalaman Nurul tu, tp Nurul akan ceritakan sedikit sekadar untuk perkongsian.
Nurul menjalani latihan industri Nurul di Malaysian Liquefied Natural Gas (MLNG) Bintulu, Sarawak. Seperti yang kita ketahui, pelan MLNG ini merupakan sebuah pelan yang terbesar d Asia dan kedua terbesar di Dunia selepas Qatar. Terdapat banyak department yang berada di dalam Firma ini dan Nurul ditempatkan di ENC/5 iaitu Civil Engineering n Maintenance Department. Di dalam department ini terdapat 27 orang staff iaitu seorang manager, seorang kerani, seorang planner, 5orang engineer dan 19 orang technician. Untuk pengetahuan rakan-rakan, semua staff ENC/5 adalah lelaki kecuali kerani mereka.
Pada mulanya, amat sukar untuk Nurul menyesuaikan diri di tempat ini kerana semua staff adalah lelaki dan Nurul terpaksa belajar dan bekerja dengan mereka. Tambahan pula, pekerjaan yang kami kendalikan adalah lasak dan memerlukan mental dan fizikal yang kuat kerana kebanyakannya adalah menaiki tempat yang tinggi. Boleh dikatakan, Nurul kena membuat kerja yang dilakukan oleh lelaki.. hehe.. Tapi pengalaman di tempat ini sukar untuk Nurul lupakan.. Nurul boleh menyesuaikan diri dalam masa yang singkat kerana semua staff amat baik dan menganggap Nurul seperti anak dan adik mereka.. Banyak juga pengalaman pahit dan manis yang Nurul lalui di sini.. Semua kenangan Nurul pahatkan di ingatan.. Terima kasih kepada semua staff di MLNG yang telah banyak memberi tunjuk dan ajar serta nasihat kpd Nurul semasa latihan industri tersebut..

Friday, 26 October 2012
BILA PEREMPUAN MENANGIS ..
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang
perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah
terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Duhai Lelaki,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan
dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah
yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya... ♥

Thursday, 18 October 2012
Jangan Mencari yang Terlalu Sempurna..
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Sunday, 23 September 2012
Jangan Pernah Takut Kehilangan Sesuatu yang Bukan Hak Kita...
Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Engkau telah berikan kepada hamba. Semakin hamba cuba menjauhkan diri hamba daripadanya dan cuba melupakan dirinya, semakin hamba merasakan diri hamba dekat dengannya. Walaupun hamba tahu hatinya bukan untuk hamba lagi tetapi hamba masih mengharapkannya kembali. Seandainya ada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami untuk mempersiapkan diri kami untuk saling melengkapi apabila sampai masanya nanti Ya Allah. Dan sekiranya tiada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami untuk menerima segala ketentuan-Mu Ya Allah. Semoga kami bersama-sama berada dalam Redha-Mu Ya Allah.
Sahabat sekalian, Nurul ingin berpesan kepada sahabat. Sekiranya telah datang seorang lelaki soleh yang cukup baik untuk dijadikan sebagai pemimpin keluarga anda dan anda menyintainya dan dia menyatakan hasrat untuk melamar anda dan ingin berjumpa dengan kedua-dua ibubapa anda, maka izinkanlah.
Namun sekiranya tiada jodoh di antara anda berdua, jangan pernah sesekali menyesalinya. Kerana mungkin ada yang lebih baik daripada dia yang telah Allah tentukan untuk anda.
InsyaAllah...

Mencintai seseorang itu adalah hak kita. Namun memiliki seseorang yang kita cinta tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukanlah hak kita. Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki kerana dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikannya dengan seseorang yang jauh lebih baik.
InsyaAllah...
Tuesday, 28 August 2012
Menjelang Syawal...
Assalamualaikum w.b.t rakan-rakan semua. Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada dalam bulan syawal yang mulia. Di kesempatan ini, Nurul nak mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam yang berada di muka Bumi ini. Maafkan salah silap Nurul andai pernah mengguris hati rakan-rakan semua ya. Semoga ukhwah yang terbina antara kita sesama manusia akan diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. InsyaALLAH.. Sekian sahaja kata dari Nurul. Assalamualaikum.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kehilangan
Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi, Perginya yang tidak dapat dicari, Perginy...
-
Dear Naura Nasuha.. Today is 4th July 2015 which is your special day. Happy 23rd birthday dear.. Today, I wish you a year with lots of fun...
-
Giveaway 2014 Mialiana.com Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September ...