HEADER

HEADER

Friday 5 April 2013

CeNPro 2013..

Assalamualaikum dan salam perjuangan rakan-rakan Nurul semuanya.. Apa khbr rakan-rakan semua hari ini? Harap-harap semuanya sihat dan ceria selalu.. Hari ini Nurul nk kongsikan kegembiraan dan kelegaan Nurul dengan rakan-rakan semua.. ^_^

Semalam iaitu 4 April 2013, Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Hari Cenpro di mana pada hari tersebut, semua pelajar semester 6 telah mempamerkan dan mempertandingkan projek akhir yang telah dibuat selama 1 tahun.. Projek tersebut telah dinilai oleh 3 orang panel luar iaitu terdiri daripada Engineer-engineer daripada industri dan 3 orang panel adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam..


Pada 6 bulan yang pertama, iaitu pada semester 5, kami telah menyiapkan kertas cadangan iaitu proposal untuk projek kami. Dan pada semester 6 pula, kami menyiapkan projek kami tersebut sehingga selesai. Projek akhir ini adalah sebagai syarat untuk memenuhi kelayakan mendapat pengikitirafan diploma di Politeknik Mukah, Sarawak. Kumpulan Nurul terdiri daripada 5 orang dan kami telah merekacipta satu rekabentuk baru untuk hoarding iaitu lebih dikenali sebagai site fencing. Kami menamakan projek kami ini sebagai S-Hoarding iaitu Simply Hoarding.


Di atas dan di bawah ini adalah prototype S-Hoarding yang telah kami buat.



Di atas adalah ahli kumpulan Nurul.
Dari kiri: Nurul Hidayah, Sherry Thimai, Dayang Zuraini, Allan Law Wee Wee dan Nelson Nawin




Di atas adalah booth kumpulan kami pada hari tersebut.


Di atas adalah gambar kami bersama penyelia projek kami.


Di atas adalah gambar semasa proses penilaian berlangsung.

Alhamdulillah, kumpulan Nurul berjaya mendapat no 2 drpd 19 buah kumpulan yang mengikuti pertandingan projek akhir ini. Tahniah kepada ahli kumpulan Nurul atas usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang menyiapkan projek ini. Tahniah juga kepada Allan Law Wee Wee kerana telah dipilih menjadi pembentang terbaik untuk Cenpro 2013. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada penyelia projek kami iaitu Encik Muhammad Lutfi atas kepercayaan dan pertolongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang kami menyiapkan projek kami ini.. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan pertolongan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada ahli kumpulan kami.. Terakhir sekali, tahniah juga kepada pemenang tempat pertama dan ketiga serta tahniah kepada semua pelajar semester akhir kerana telah berjaya menyiapkan projek akhir masing-masing dengan jayanya.. Alhamdulillah..


Rasanya itu sahaja daripada Nurul.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca entri Nurul kali ini.. Salam Jumaat dari Nurul.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)
































No comments:

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...