HEADER

HEADER

Thursday 19 January 2012

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim


Hadith :

Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

Huraian :

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam memeluk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday 2 January 2012

AMBILLAH WAKTU...






Ambillah WAKTU untuk BERFIKIR,

Itu adalah sumber KEKUATAN...

Ambillah WAKTU untuk BERDOA,

Itu adalah sumber KETENANGAN...

Ambillah WAKTU untuk BELAJAR,

Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN...

Ambillah WAKTU untuk BEREHAT,

Itu adalah sumber KESEGARAN...

Ambillah WAKTU untuk MENCINTAI DAN DICINTAI,

Itu adalah HAK ISTIMEWA yang diberikan Tuhan...

Ambillah WAKTU untuk BERAMAL,

Itu adalah KUNCI menuju SYURGA...


Selamat Datang 2012.....





Salam ukhwah rakan2.. Lama xupdate blog nie.. Nurul sibuk sgt dgn praktikal skrg nie.. Ada lg tugasan yg Nurul xselesaikan.. Tp Nurul rndu dgn blog nie.. Jd Nurul curi masa kjap.. Hari nie dh hari kedua tahun baru iaitu tahun 2012.. Masa berlalu cpat sgt.. Mcm2 pkara suka dn duka yg Nurul dh lalui pd tahun 2011... Dan tahun 2012 nie juga angka depan utk umur Nurul berubah... Bulan april nie, Nurul dh 20 tahun... Xsgka, hmpir 20 tahun Nurul hdup kt dunia.. Alhamdulillah.. Nurul bsyukur sgt2.. Apa2 pun, kita kena sntiasa bdoa supaya khdupan kta d dunia nie dberkati dan dredhai ALLAH s.w.t... Dan sama2 la kita berusaha utk menambah bekalan utk akhirat kelak... Tu je la utk hari nie.. Take care suma.. Sayang sumanya.. :p

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...