HEADER

HEADER

Tuesday 4 October 2011

Program 3D2N..





Salam teman-teman semua. Hari ini Nurul nk kongsi pengalaman Nurul sewaktu mengendalikan program 3 Days 2 Nights atau singkatannya, 3D2N. Program ni berlangsung dari 29 September 2011 hingga 01 Oktober 2011. Program ini merupakan program untuk pelajar Tingkatan 5 dari beberapa buah sekolah di sekitar Mukah. Antara sekolah yang menghantar wakil adalah SMK Mukah, SMK Batang Igan, SMK Oya, SMK Matu, SMK Dalat, SMK Kampung Nangka dan beberapa buah sekolah yang lain.

Antara objektif program ini iaitu memperkenalkan Politeknik Mukah kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, mendedahkan kepada mereka tentang kehidupan di alam IPTA. Mereka juga dapat menambah bilangan rakan daripada sekolah-sekolah yang berbeza. Boleh berkongsi ilmu mereka dan memperluaskan minda mereka tentang dunia luar.

Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak Politeknik Mukah. Antara jawatankuasa yang terlibat iaitu Pensyarah Politeknik Mukah, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (termasuk Nurul sendiri), Jawatankuasa Kolej Kediaman, Jawatankuasa Pusat Islam, dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah serta beberapa penceramah, guru serta pemotivasi jemputan.

Antara program yang dijalankan iaitu Orientasi Kampus, Ice-breaking, Kuliah Subuh/Maghrib bagi yang Islam manakala Kuliah Moral bagi yang beragama lain, Program Motivasi, Latihan dalam kumpulan, Bengkel menjawab soalan SPM, dan macam-macam lagi. Memandangkan peserta-peserta ni ada 118 orang, diorang telah dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada 13 dan 14 orang ahli. So, sepanjang program ni berlangsung, diorang kena buat aktiviti dalam kumpulan diorang.

Sekarang Nurul nak cerita lak masa aktiviti yang Nurul jalankan. Nurul bertugas selaku ketua AJK Aktiviti yang mengendalikan aktiviti semasa riadah peserta-peserta ni. Nurul lak tak pernah diberi tanggungjawab besar mcm ni. Biasanya jadi AJK biasa je. Pada hari pertama, Nurul sempat wat satu aktiviti je sebab ada perkara yang peserta ni terpaksa buat selepas tu. Nurul ada masa 30minit je nk wat aktiviti untuk diorang. So, Nurul pilih aktiviti telefon rosak atau lebih dikenali sebagai permainan telefon karat. Nasib baik Nurul sempat cari ayat untuk permainan ni sebelum aktiviti ni dijalankan. Ada macam-macam ayat yang terhasil daripada permainan tu. Nurul sendiri sakit perut menahan ketawa sebab ayat yang terhasil diakhir pemainan tersebut melucukan.

Pada hari kedua pula, Nurul ada banyak masa untuk jalankan aktiviti diorang. Nurul sempat wat 3 aktiviti untuk diorang petang tu. Nurul juga dibantu oleh beberapa orang ajk Nurul yang lain. Kami telah jalankan aktiviti ni kt tanah lapang. Aktiviti pertama adalah permainan 'rolling dice'. Cara permainan, ketua kumpulan harus membaling dadu dan melangkah mengikut nombor yang tertera pada dadu tersebut. Sekiranya mendapat nombor genap, pemain harus melangkah kehadapan. Sekiranya nombor ganjil, mengundur ke belakang. Aktiviti ni agak mencabar pada mulanya kerana para peserta tidak tahu teknik bermain permainan ini.

Aktiviti kedua pula 'tiup belon sampai pecah'. Permainan biasa yang dilakukan untuk membina semangat berpasukan dalam diri para peserta. Lucu juga melihat aksi adik-adik nie meniup belon dan cuba untuk memecahkan belon tersebut. Aktiviti terakhir pula, 'getah dan straw'. Peserta dikendaki membuat barisan lurus dan berjarak sedepa antara ahli kumpulan. Straw diletakkan dalam mulut peserta dan peserta hendaklah 'passing' getah kepada peserta lain menggunakan straw yang terdapat dalam mulut mereka. Penggunaan tangan adalah dilarang sama sekali dalam permainan ini.

Markah bagi kesemua permainan yang dijalankan dikumpulkan bagi mencari pemenang. Keputusan bagi aktiviti riadah yang dijalankan telah diumumkan pada majlis penutupan. Tahniah kepada pasukan Hijau Muda dan Merah yang telah berjaya memenangi johan dan naib johan bagi permainan yang telah dijalankan.

Majlis penutupan diadakan pada pagi sabtu, 01 Oktober 2011. Ada tayangan video dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Sijil penghargaan dan penyertaan juga disertakan kepada para peserta. Di akhir majlis, sesi bergambar diadakan. Semua yang terlibat dalam menjayakan program ni semua bergambar. Nurul pun tidak ketinggalan. Masa berpisah dengan adik-adik semua, Nurul rasa sedih lak. Masa 3hari 2malam tu terlalu pantas. Nurul tak sempat pun nak kenal dengan semua adik-adik. Apa-apa pun, Nurul harap adik-adik yang menyertai program ni takkan lupakan abang-abang dan kakak-kakak kt sini ye.

Akhir kata, terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan ajk-ajk yang terlibat untuk menjayakan program ini. Sayang semuanya. (Sorry sebab Nurul guna bahasa campur-campur lam ruangan ni. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca ruangan Nurul).





5 comments:

reiaurora said...

x dapat nak bace...huhu...x nmpak tulisan

Laman Sis Nurul said...

Maaf.. Sebelum nie guna layout lain.. sbb tu xpasan entri nie xleh nk dbaca.. tp sy dh edit dh.. hope dpt baca dh.. :)

Unknown said...

ade x contoh ayat telefon karat? boleh kongsi sikit x, TQ

Laman Sis Nurul said...

@muhamad sidik maaf sidik sbb lambat reply.. sy xprasan ada komen.. Contohnya, "Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah" Ayat tu pun sy dpt drpd entri sahabat2 blogger yg lain.. hehehe.. Boleh je nk rujuk blogger lain untuk info lanjut.. :)

Laman Sis Nurul said...

@muhamad sidik "Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...