HEADER

HEADER

Thursday 19 May 2011

Aku Seorang Kerdil...

Tatkala aku duduk termenung seorang diri,
Sering aku terfikir,
Sempurnakah diriku sebagai seorang insan??
Cukupkah bekalan untuk kubawa ke akhirat nanti??
Apakah aku tergolong dalam golongan yang mendapat syurga??
Atau adakah aku golongan yang mendapat azab??

Ya Allah,
Berikanlah hambamu ini kesabaran dalam menempuhi duniawi yang penuh dengan pancaroba ini....

Duhai teman-teman,
Tolong sedarkan aku andainya aku terleka atau alpa,
Tolong bangunkan aku andainya aku terlena dalam mimpi yang fana,
Tolong ingatkan aku bahawa aku hanyalah HAMBA kepada Maha Pencipta...

Sudah lama aku teleka atas nikmat dunia,
Sudah telalu lama juga aku lupa akan matlamat hidupku di dunia...

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Sesungguhnya hamba terlalu kerdil di dunia ini,
Sentiasa melakukan kesilapan walaupun hanya sebesar zarah...
Semoga hamba masih lagi diberi kesempatan untuk tunduk, sujud kepada-MU..

1 comment:

Laman Sis Nurul said...

saya buat puisi ni masa ngah btugas sbg urusetia pd hari sukan.. dsbbkn keboringan yang teramat, idea pun mncurah2... hehe..

Kehilangan

Kehilangan, Apakah itu kehilangan? Kehilangan itu ditangisi, Kehilangan itu diratapi,  Perginya yang tidak dapat dicari,  Perginy...